Pages

Monday, November 23, 2009

Umum: Sarung tangan Raja Pop dilelong RM1.19j

SARUNG tangan milik Michael Jackson dibeli oleh firma perhotelan Hong Kong. - AP

NEW YORK 22 Nov. - Sarung tangan putih bertakhta batu pertama yang dipakai oleh Michael Jackson semasa mempersembahkan moonwalk yang menjadi simbol tariannya pada tahun 1983 telah dilelong pada harga AS$350,000 (RM1.19 juta), termasuk cukai semalam.

Hoffman Ma dari Hong Kong yang memenangi bidaan itu telah membayar AS$420,000 (RM1.428 juta), termasuk cukai dan yuran untuk sarung tangan sebelah kiri itu dipakai oleh Jakcson ketika mempersembahkan moonwalk khas sempena ulang tahun ke-25 tahun Motown.

Sarung tangan berkenaan merupakan barangan koleksi peringatan utama Jackson di Hard Rock Cafe, Times Square di sini. Anggaran harga pada pra-lelongan ialah sekitar AS$40,000 hingga AS$60,000 (RM136,000 hingga RM204,000).

"Ia urus niaga yang benar-benar bagus dan adil," kata Ma, 36, merupakan peminat Jackson yang bertanggungjawab membeli barangan berharga muzik pop bagi pihak Resort Hotel Ponte 16 di Macau.

Ketika harga sarung tangan yang melambung tinggi, para peminatnya menjerit dan meraung-raung - menggambarkan kegilaan ketika bintang pop itu ketika menyertai konsert jelajah dunia terakhirnya.

Ikon pop yang mati pada usia 50 tahun pada 25 Jun lalu telah menyerahkan sarung tangannya kepada Walter 'Clyde' Orange, penyanyi kumpulan Commodores.

Jaket yang dipakai oleh Jackson pada jelajah Bad pada tahun 1989 telah dijual pada harga AS$225,000 (RM765,000) iaitu 20 kali ganda melebihi daripada yang dianggarkan AS$8,000 (RM27,200).

Jualan itu telah dilakukan oleh firma lelongan Julien's yang berpangkalan di Los Angeles itu termasuklah topi fedora yang dipakai oleh Jackson pada persembahan moonwalk. Ia terjual pada harga AS$22,000 (RM74,800), jauh melebihi daripada harga AS$2,000 (RM6,800) yang dianggarkan.

Penduduk New York, Linda Derogene berkata, dia memperuntukkan lebih AS$5,000 (RM17,000) bagi mendapatkan barangan dipakai oleh idolanya dalam konsert yang beliau tidak berpeluang melihatnya sebagai simpanan peribadinya. - AP

No comments: