Pages

Sunday, November 15, 2009

Pemotoran: Elak kenderaan dicuri

Lazimnya, kecurian kenderaan sering berlaku di tempat letak kereta awam, kompleks beli belah, hadapan rumah dan di tepi jalan raya.

Antara faktor yang menyebabkan berlakunya kecurian kenderaan ialah kadang-kala pengguna lupa menguncikan kenderaan masing-masing.Selain itu, tiada kunci tambahan turut memudahkan pencuri melakukan aktiviti jenayah mereka.

Justeru,pemasangan kunci tambahan untuk stering, gear, roda dan kelac boleh melengahkan usaha pencuri yang menjalankan kegiatan tidak bermoral itu.

Perbuatan meletakkan kereta di tempat yang terpencil atau gelap di waktu malam perlulah dielakkan bagi menghindari kenderaan daripada dicuri.
Pengguna juga perlu mengelakkan daripada meninggalkan barang berharga seperti laptop dan kamera di dalam kenderaan. Jika terpaksa juga berbuat demikian, tanggalkan bateri peralatan itu dan menyorokkan dari pandangan.

Pemasangan alat penggera yang baik juga mampu mengelakkan kenderaan daripada dicuri.
Pastikan anda berhati-hati supaya kunci kereta tidak disalin semasa menghantar kenderaan anda untuk servis.

Elakkan daripada menyerahkan kunci kepada jockey kereta.Pengukiran nombor pendaftaran pada cermin kereta (sandbiasting) adalah salah satu kaedah untuk mengesan kenderaan yang dicuri.
Bagi motosikal pula, pastikan ia dikunci sebaik ia ditinggalkan,Letak ia di tempat mudah dilihat pada Waktu malam.

Rantai atau kunci tambahan adalah penting untuk mengelakkan motosikal dicuri.
Pasangkan alat penggera kecurian motosikal dan ukir nombor pendaftaran motosikal pada bahagian yang jelas dilihat.

Bak kata pepatah, beringat sebelum kena adalah langkah terbaik mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

No comments: