Pages

Friday, November 20, 2009

Agama: Sebut pasal cerai apabila gaduh

SOALAN

SAYA baru mendirikan rumah tangga. Maklumlah pasangan baru, kerap juga berselisih faham dengan suami.

Malah, suatu ketika saya pernah berkata kepada suami: "Kalau hendak bergaduh aja, lebih baik bercerai."

Apakah dengan kata-kata saya itu menyebabkan terjatuhnya talak terhadap suami? Apa pula dari sudut hukum, bagi isteri yang berkata seperti itu?

SAL,
Selangor.

JAWAPAN
PASANGAN suami isteri sewajarnya sentiasa bersabar dalam kehidupan rumah tangga terutama bagi yang baru mendirikan rumah tangga.

Ini kerana kedua-dua masih dalam peringkat kenal-mengenal dengan lebih lanjut dan memerlukan penyesuaian diri antara satu sama lain.

Jika sebelum ini mereka hanya kenal setakat luaran, dengan berkahwin dan tinggal bersama tentu banyak perkara yang perlu dilakukan dalam proses penyesuaian antara suami isteri.

Bagaimanapun, kata-kata yang dilafazkan isteri seperti di atas tidak menyebabkan jatuh talak. Ini kerana talak terletak pada pihak suami, bukan isteri.

No comments: