Pages

Monday, November 16, 2009

Agama: Hamil 6 minggu sebelum nikah

SAYA berumur 22 tahun dan bakal menamatkan zaman bujang hujung bulan ini. Masalah saya alami sekarang ialah sedang hamil 6 minggu. Saya dan tunang pernah terlanjur hingga menyebabkan saya hamil. Saya hendak tahu anak yang bakal lahir nanti bolehkah dibinkan dengan nama tunang saya apabila dia besar?

Andai kata dia anak perempuan, adakah tunang saya boleh mewalikan dia? Saya ingin bertaubat dan sudah insaf. Adakah Tuhan menerima taubat saya di atas kesilapan yang pernah dilakukan kerana saya difahamkan apabila mengandung sebelum berkahwin, taubat tidak diterima Allah. Tunang juga tidak mahu saya menggugurkan kandungan ini. Adakah anak saya nanti masih tergolong anak luar nikah?

GADIS MELAYU,
Johor

SECARA umumnya anak itu masih tergolong sebagai anak luar nikah kerana kehamilan berlaku sebelum akad nikah yang sah. Sebab itu Islam melarang keras perzinaan kerana membawa banyak akibat negatif dan buruk.

Bagaimanapun, anak yang lahir daripada seorang perempuan yang berkahwin dengan seorang lelaki Islam selepas enam bulan qamariah daripada tarikh perkahwinan, keturunan anak dibuktikan dengan suami perempuan berkenaan. Dengan itu suami dikira bapa yang sah anak berkenaan. Apabila sabit turunan, tiada masalah daripada sudut perwalian.

No comments: