Pages

Sunday, November 1, 2009

Agama: Sah puasa tak mandi wajib selepas Subuh

SOALAN

ADAKAH sah puasa seseorang yang mandi wajib selepas masuk waktu subuh kerana melakukan onani pada malam sebelumnya?

Bilakah masa yang sesuai untuk mandi wajib? Sekiranya seseorang bermimpi bersetubuh atau melakukan onani pada waktu berpuasa, tetapi air mani tidak keluar dan dia tidak mandi wajib. Adakah puasanya sah?

MOHD IRFAN MUDA,
Perlis.

JAWAPAN

PUASA seseorang yang mandi wajib selepas masuk Subuh adalah sah. Dengan kata lain jika tidak mandi wajib sebelum memulakan puasa tidak membatalkan puasa.

Bagi seseorang yang berhadas besar seperti keluar mani, adalah lebih baik untuk segera mandi wajib bagi membersihkan diri dan seterusnya membolehkannya dia menunaikan ibadat seperti solat dan membaca al-Quran. Menunaikan ibadat tersebut perlu dalam keadaan suci.

Melakukan onani tanpa terkeluar air mani tidak membatalkan puasa. Bagaimanapun, perbuatan tersebut adalah makruh kerana dengan sengaja menaikkan syahwat. Dalam masa puasa, seseorang itu perlu menjaga diri supaya tidak membangkitkan nafsu syahwat secara sengaja.

Manakala keluar mani disebabkan mimpi bersetubuh tidak membatalkan puasa. Puasa beliau tidak batal kerana ia berlaku bukan secara sengaja. Bagaimanapun, anda diwajibkan mandi untuk menghilangkan hadas besar apabila bermimpi sedemikian semasa berpuasa.


No comments: