Pages

Saturday, November 7, 2009

70 peratus stesen minyak diusahakan oleh bumiputera

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kira-kira 70 peratus stesen minyak di seluruh negara kini diusahakan oleh golongan bumiputera.

Beliau berkata, kejayaan itu adalah hasil daripada langkah kerajaan melaksanakan sistem pengagihan lesen di bawah Akta Kemajuan Petroleum (PDA) yang lebih teratur.

Melalui usaha itu juga, katanya, telah berjaya melahirkan lebih ramai peniaga bumiputera kelas menengah di negara ini.

''Melalui langkah dan inisiatif kerajaan dalam melaksanakan PDA yang lebih teratur telah berjaya membuahkan hasil iaitu 70 peratus stesen minyak di Malaysia kini diusahakan oleh kaum bumiputera.

No comments: