Pages

Monday, November 9, 2009

Agama: Keluar wadi tak wajib mandi

SOALAN

SAYA sering keluar cecair melekit pada kemaluan walaupun tidak melakukan onani atau perkara yang mengghairahkan.

Walaupun bercakap dengan teman wanita melalui telefon, cecair berkenaan sering keluar.

Adakah saya perlu mandi wajib setiap kali keluar cecair itu dan adakah puasa terbatal apabila keluar cecair berkenaan?

SAM
Johor

JAWAPAN


SELAIN air kencing terdapat tiga jenis cecair lain yang keluar dari kemaluan lelaki dan perempuan iaitu air mani, mazi dan wadi.

Air mani dikira bersih dan tidak najis. Keluar air mani secara sengaja atau tidak sengaja diwajibkan mandi. Manakala keluar air mazi dan wadi tidak diwajibkan mandi, tetapi hanya dikehendaki membasuh anggota yang terkena air mazi dan wadi berkenaan.

Kedua-dua cecair itu termasuk dalam kategori najis dan tidak sah dibawa solat.

Saya berpendapat air yang keluar dari kemaluan anda ialah air wadi. Ia berwarna putih dan cair. Ia keluar dari kemaluan lelaki dan perempuan apabila seseorang itu kepenatan seperti berlari, joging dan lain-lain daripada pekerjaan yang menggunakan tenaga.

Anda tidak perlu mandi wajib dan puasa tidak batal jika keluar cecair itu. Anda hanya perlu membersihkan anggota yang terkena air tersebut seperti di atas.


No comments: