Pages

Thursday, November 19, 2009

Pemotoran: Motosikal semput ketika mendaki

Soalan

MOTOSIKAL saya sering semput terutama apabila pendiki permukaan agak tinggi serta minyak dipulas secara mengejut. Apakah yang menyebabkan masalah itu berlaku?

Adakah ia berpunca daripada penapis udara atau karburetor? Berapakah tempoh hayat penapis udara sebelum saya perlu menukar dengan yang baru?

Hashim Ahmad,
Selangor

Jawapan
JIKA anda sering menunggang dalam keadaan jalan berdebu, elok diperiksa penapis udara lebih kerap bagi memastikan ia berfungsi dengan baik.

Karburetor dan komponen penapis udara biasanya memerlukan perhatian setiap 10,000 kilometer.

Lazimnya, karburetor mempunyai skru keluar bahan api di bawah takungan. Tujuannya untuk mengalirkan bahan api kotor yang mungkin berlaku kerana kemasukan habuk atau air ke dalam karburetor.

Habuk atau air ini datang daripada rongga yang gagal ditapis penapis udara sewaktu disedut ke dalam enjin pada kelajuan tinggi.

Periksa sebarang benda asing atau air yang mungkin terkumpul kerana wap bahan api.

Sekiranya masih ada air, cuci tangki petrol kerana ia mungkin datang daripada tangki yang terjadi disebabkan pemeluwapan.

No comments: