Pages

Friday, November 6, 2009

Agama: Panjatkan doa di hari jumaat

i nak mengajak forumer masing2 menaip/paste kan apa2 doa sama ada dlm Bahasa Melayu, Arab atau lain2 bahasa pun tak apa, yg boleh kita sama2 panjatkan kpd Allah lebih2 lagi di hari Jumaat yg mulia, penghulu segala hari .

Biarlah i yg mulakan.... (dari laman TKO)

Ini ialah doa yg i selalu baca dlm Bahasa Melayu selepas setiap kali solat fardhu.

'Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah dosa2 aku, ampunilah dosa2 kedua ibubapaku, dosa2 isteriku, dosa2 kaum muslimin & muslimat.

Ya Allah, Engkau kurniakanlah kpd ku isteri yg solehah dan juga anak2 yg soleh & solehah,
Engkau perteguhkanlah keimanan kami semua,
Engkau semaikanlah ke dalam hati kami sifat2 yg terpuji,
Dan Engkau jauhkanlah kami dari mengamalkan sifat2 terkeji.

Ya Allah, Engkau eratkanlah hubungan ukhwah dan kasih sayang antara kami,
Engkau jauhkanlah kami dari berpecah belah/bercerai berai,
Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Memberi Petunjuk.

............................................................

Selalu i berdoa lepas solat fardhu, i fokus 3 benda/perkara utama,;

1.Minta hubungan suami isteri kekal.Begitu juga keluarga & anak2.
2.Minta keteguhan iman i yg selalu 'goyang' ini.
3.Minta diberikan/semaikan ke dlm hati i ni sifat2 terpuji.

Wallahualam.

No comments: