Pages

Saturday, November 7, 2009

Pemotoran: Awasi jangka hayat tayar elak padah

RAMAI yang tidak tahu, tayar sebenarnya mempunyai jangka hayat tersendiri, Maksimum ialah empat tahun dari tarikh ia dikilangkan.

Pengguna juga kerap merujuk kepada keadaan bunga tayar semata-mata sebelum mempertimbangkan untuk menukar kepada tayar baru.
Benar, keadaan bunga tayar ini juga adalah satu faktor yang melibatkan keselamatan pemanduan. Namun, seperkara lagi yang harus diberi perhatian serius iaitu hayatnya.

Keadaan di mana hayat tayar sudah tamat tetapi keadaan bunganya masih kelihatan elok. Kesan apabila jangka hayat tayar ini sudah melangkaui yang sepatutnya adalah, getahnya akan mengeras dan mungkin akan berlaku kesan retak. Jika ini dibiarkan, tayar berkenaan berpotensi untuk meletup dan pecah ketika kereta bergerak.

Jadi, bagaimana untuk mengetahui usia tayar anda?

Di sekeliling tayar berkenaan, cari tanda sebegini; *2603* yang biasanya dilingkari dalam satu bulatan kecil. Ia juga akan didahului dan diakhiri dengan tanda bintang'seperti dinyatakan tadi.

Dua nombor terawal itu (2 dan 6) menunjukkan minggu tayar berkenaan dibuat.

Dua nombor terakhir pula (0 dan 3) memaklumkan tahun ia diperbuat.

Dengan ini, maksud tanda berkenaan adalah tayar berkenaan dibuat pada minggu ke-26 pada tahun 2003.

Periksa nombor siri ini, pastikan semua tayar pada kenderaan anda belum mencecah tarikh luput berkenaan bagi menjamin keselamatan anda.

Sekali lagi diingatkan, maksimum hayat tayar adalah empat tahun dari tarikh ia dibuat. Ambillah langkah yang perlu untuk memastikan sebarang kecelakaan tidak berlaku terhadap anda, tambahan ketika musim perayaan .

No comments: