Pages

Sunday, November 1, 2009

Pemotoran: Mekanik suruh korek blok

SAYA menggunakan Yamaha Lagenda 110 sejak dua tahun lalu. Masalah yang saya alami ialah asap putih yang keluar melalui ekzos.

Saya sering menunggang pada kelajuan sekitar 100 hingga 120km/j dan apabila motosikal dibawa ke bengkel, mekanik memberitahu supaya saya mengorek blok. Adakah blok saya mempunyai masalah dan perlu menukar blok baru?

Irwan Affendi,
Kuala Lumpur

PERLU dinyatakan kerosakan yang memerlukan tindakan mengorek blok (re-bore) setiap dua bulan sesuatu yang luar biasa.

Setiap proses itu lazimnya sebahagian daripada proses baik pulih sepenuhnya dan sesuai dengan namanya.

Ia sepatutnya dibaik pulih iaitu dibetulkan kepada keadaan asal dan mampu bertahan seperti enjin baru.

Masalah yang anda hadapi nampaknya bukanlah datang daripada motosikal kerana jika benar ada bahagian bermasalah, ia sepatutnya dikenal pasti mekanik apabila kali pertama enjin dibuka untuk baik pulih.

Enjin yang rosak semula selepas dua bulan mengorek blok itu cukup untuk memberi isyarat bahawa sesuatu tidak kena berlaku sama ada alat ganti digunakan tidak tulen dan cepat rosak atau proses itu tidak dilakukan dengan betul mengikut spesifikasi kelegaan betul.

Masalah seperti ini sering menjadi punca perbalahan antara pengguna dan mekanik, bukan kerana kesilapan mereka tetapi kerana proses kematangan enjin tidak betul.

Motosikal baru dibaik pulih memerlukan proses kematangan yang betul. Malah, lazimnya permukaan komponen yang dikorek lebih kasar berbanding motosikal yang baru keluar kedai.

Bermakna, proses kematangan untuk motosikal baru dibaik pulih jauh lebih penting dan memerlukan ketelitian kerana risiko berlakunya kerosakan semula tinggi kerana permukaan yang kasar dan logam yang belum matang yang hanya didapati melalui proses pemanasan enjin perlahan serta sekata.

Motosikal yang baru dibaik pulih tidak boleh dipecut sewenang-wenangnya dan menjadi lebih bermasalah jika dibuat begitu.

No comments: