Pages

Tuesday, November 10, 2009

Pemotoran: Cara membersih ruang enjin kenderaan

Mencuci kekotoran pada ruang enjin kenderaan adalah mudah jika anda mengetahui caranya. Jangan gunakan air untuk membersihkan enjin kenderaan. Biasanya kekotoran yang melekat pada bahagian enjin tidak dapat dihilangkan menggunakan air selain boleh menyebabkan berlakunya litar pintas sehingga enjin tidak boleh berfungsi dengan baik.

Gris dan minyak boleh dihilangkan dengan menggunakan minyak tanah atau petrol. Jika menggunakan petrol, jangan gunakan petrol dengan kadar plumbum yang tinggi kerana boleh membahayakan kesihatan.

Gris dan minyak pelincir jika tidak dibersihkan boleh merosakkan tali kipas, saluran getah serta kabel elektrik pada bahagian enjin. Jadi anda perlu membersihkan gris dan minyak yang melekat pada bahagian itu segera.

Debu atau lumpur yang melekat pada peralatan elektrik dalam enjin juga perlu dibersihkan. Jika tidak dibersihkan, is boleh menyerap wap air yang menyebabkan berlakunya litar pintas.

Endapan berwarna putih yang melekat pada terminal bateri dalam enjin juga perlu dibersihkan.. la boleh dihilangkan dengan mencucinya menggunakan air panas serta mengelapnya dengan kain bersih ' Tetapi anda perlu -berhati‑hati supaya air panas itu tidak masuk ke dalam bateri. Anda juga perlu memastikan lubang pengudaraan pada tutup sel sentiasa terbuka.

No comments: