Pages

Sunday, November 22, 2009

Pemotoran: Ubah lampu 135LC macam Superbike

SAYA baru membeli motosikal Yamaha 135LC. Saya ber cadang membuat suis lampu seperti sebuah motosikal Super bike.

Bagaimana cara membolehkan lampu dihidupkan walaupun enjin tidak dihidupkan? Apakah cara terbaik yang boleh saya lakukan tanpa memotong wayar sedia ada dan menjimatkan bateri?

Khairul Aswadi Ibrahim,
Klang, Selangor.

PENGUBAHSUAIAN lampu utama motosikal memang boleh dilakukan dengan menggunakan peranti atau relay switch tanpa mengganggu pendawaian asal motosikal anda.

Ia bertindak menyalurkan arus elektrik secara terus kepada lampu atau komponen apabila arus atau suis dihidupkan.

Apa yang perlu dibuat ialah menyalurkan satu arus yang ada daripada suis utama atau masuk ke bahagian peranti supaya ia menghidupkan lampu utama anda.

Ini boleh dibuat dengan mudah atau dibawa ke kedai aksesori motosikal atau kereta untuk melakukannya.

Namun, menghidupkan lampu utama bagi motosikal kecil tidak digalakkan kerana ia memberi bebanan kepada bateri dan menyukarkan enjin dihidupkan.

Bateri motosikal menyahcas sewaktu pegun (enjin mati) dan pengeluaran kuasa bateri menjadi rendah sedikit terutama jika tidak dihidupkan selepas beberapa hari dan akan dicas semula apabila enjin dihidupkan.

No comments: