Pages

Thursday, November 5, 2009

Gesa haramkan air botol plastik

Oleh NURUL HUDA HASSAN

PULAU PINANG 4 Nov. - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan mengharamkan penjualan air dalam botol plastik kerana ia boleh mengancam kesihatan dan alam sekitar.

Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, anggapan air yang dibotolkan adalah menyihatkan dan bebas kalori berbanding minuman ringan adalah tidak benar kerana ia tidak mempunyai jaminan seumpamanya.

Menurut beliau, penghasilan botol plastik yang digunakan juga menjana lebih 100 kali ganda bahan toksik yang mampu melarut resap ke dalam air.

''Proses menghasilkan dan mengangkut botol yang digunakan juga boleh menjejaskan alam sekitar kerana kebanyakan botol terpakai akan dilambak ke tapak pelupusan sampah...selanjutnya klik sini

No comments: