Pages

Sunday, November 15, 2009

Pemotoran: Pancaran sinar matahari boleh rosakkan peralatan kenderaan

Terlalu lama terdedah kepada pancaran suria yang berlebihan boleh menyebabkan pelapik kerusi dan peralatan dalam kenderaan anda menjadi pudar dan tidak menarik.
Teknologi penabir (tint) sinaran ungu (UV) berjaya mengurangkan kadar kemasukan silau dan UV ke dalam kenderaan dan pada masa sama sistem penghawa dingin hanya digunakan pada kadar sederhana saja.

Kini ada pelbagai jenis penabir sinaran UV khusus untuk ditampal pada cermin hadapan dan cermin tingkat kenderaan anda. Pilihlah yang sesuai dengan bajet, ketahanan dan cita rasa anda.Tapi awas, pasang penabir suria mengikut kadar tahap penembusan cahaya yang dibenarkan oleh undang-undang. Jika terlalu gelap anda mungkin menghadapi tindakan saman.

Harga pemasangan cermin gelap juga berbeza mengikut kualiti dan jenis produk. Ada yang mahal dan ada yang murah. Banyak kedai yang menyediakan khidmat pemasangan cermin gelap. Di kedai yang berkualiti memang agak mahal harganya tetapi anda pasti puas hati dengan khidmat pemasangannya. Jadi terpulang kepada anda untuk memilih cermin gelap yang bersesuaian dengan
kemampuan anda.

Kenapa perlu memasang penabir UV pada kenderaan

Mengelakkan kepanasan melampau

Jika kereta berada lama di tengah cuaca panas. Dengan ada penabir UV, suhu panas dalam kenderaan dapat diselaraskan semula dengan cepat dan kesan cahaya yang menembusi masuk ke dalam kenderaan tidak memudarkan peralatan dalam kenderaan anda.

Melindungi kulit anda

Pancaran sinar UV memang membahayakan kulit anda dan boleh menyebabkan penyakit barah. Penabir UV yang baik mampu menahan sehingga 90 peratus kemasukan UV ke dalam kenderaan dan ini menyelamatkan kulit anda daripada pancaran yang membahayakan kesihatan.

Perlindungan apabila berlaku kemalangan

Penabir UV yang melekap pada cermin kenderaan anda akan memegang cermin dengan kukuh dan berupaya menghalang ia jatuh berderai apabila berlaku kemalangan atau keretakan yang serius. Ini membantu menyelamatkan pemandu dan penumpang daripada terkena serpihan kaca yang bertaburan ke muka dan mata.

Melindungi peralatan dalam kereta

Haba dan UV yang kuat boleh menyebabkan pelapik kerusi dan barangan dalam kenderaan cepat pudar dan dengan adanya penabir UV ia berupaya menjadi penghalang kemasukan kedua-duanya dalam kuantiti berlebihan.

No comments: