Pages

Tuesday, November 3, 2009

Agama:Arak 'ibu' kepada maksiat


KEBIMBANGAN ibu bapa dengan masalah ketagihan arak di kalangan remaja Muslim perlu dicari jalan penyelesaian.

PERKONGSIAN pengalaman dua orang teman penulis tentang gelagat segelintir Muslim yang tanpa segan silu menonggak air haram atau minuman keras meskipun beranggapan ia bukannya di tempat awam pada ruangan sama dua minggu lalu, pastinya menimbulkan kegusaran ramai terutamanya umat Islam itu sendiri.

Tentunya persoalan pertama yang terdetik di hati kita yang mengakui bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW itu adalah pesuruh Allah atau perkataan yang terpacul daripada mulut kita ialah "Tidak takut tuhan ke?" atau "Apalah nak jadi dengan umat Islam hari ni," malah banyak lagi yang berserabut dalam fikiran kita.

Apa tidaknya, takut dengan balasan-Nya ketika di dunia ini kerana pada saat Allah SWT menurunkan bala-Nya, ia tidak terkecuali yang melakukan dosa atau tidak. Semuanya merasai musibah tersebut. Selanjutnya klik sini

No comments: