Pages

Sunday, November 22, 2009

Agama: Tak jatuh talak jika niat cerai

Tak jatuh talak jika niat cerai
SOALAN

APABILA bersendirian kadangkala saya terfikir keadaan rumah tangga dan rakan-rakan. Teringat cerita daripada isteri mengenai rumah tangga rakannya, mendapat segala kemewahan daripada suami.

Si suami membayar segala perbelanjaan tanpa si isteri mengeluarkan wang walau satu sen pun.

Walaupun itu hanya cerita dan saya faham yang isteri saya tidak bermaksud apa-apa ketika berkata demikian, hati saya sebenarnya terguris.

Ketika terfikir hal itu, terdetik di dalam hati saya, jika isteri saya berkata demikian lagi saya boleh memberinya peluang untuk mencari suami yang kaya dengan melepaskannya.

Saya seolah-olah membayangkan situasi itu berlaku (isteri membandingkan saya dengan suami orang lain) dan berkata di dalam hati: "Kalau nak sangat, pergilah cari suami kaya, I ceraikan you."

Kemudian saya seakan-akan tersedar dan beristighfar banyak-banyak di dalam hati. Saya tidak bermaksud apa-apa, cuma perkara itu tiba-tiba terlintas ketika saya terfikir hal terbabit. Saya tidak menyatakan perkara itu kepada isteri.

Persoalannya, adakah pada ketika itu jatuh talak ke atas isteri saya? Untuk pengetahuan Dr, saya sekarang hidup dalam keadaan bahagia bersama isteri saya dan perkara itu tidak lagi dibangkitkan oleh isteri saya.

MUSYKIL,
Selangor.

JAWAPAN
TIDAK jatuh talak kerana ia tidak dilafazkan. Ia hanya lintasan hati semata-mata. Menurut mazhab Hanafi, termasuk dalam rukun talak ialah adanya lafaz menunjukkan tanda talak.

Lafaz boleh yang jelas (sarih) atau yang kinayah. Dalam keadaan lain, talak boleh jatuh juga secara isyarat yang menunjukkan talak. Bagaimanapun, semua memerlukan pengesahan suami terlebih dulu dalam mensabitkan talak.

No comments: