Pages

Thursday, November 19, 2009

Pemotoran: Cadang guna brek cakera belakang

SAYA menggunakan motosikal Yamaha SRE 100. Saya mendapati set kit brek cakera belakang jenama Racing Boy ada dijual khusus untuk Yamaha SRE 100.

Adakah pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meluluskan set kit brek belakang ini untuk dijual kepada umum? Adakah saya mungkin diambil tindakan undang-undang kerana menggunakan aksesori keselamatan ini tanpa merujuk kepada JPJ atau polis?

Budak Rempit,
Johor Bahru

PENGGUNAAN komponen motosikal yang meningkatkan kemampuan keselamatan motosikal termasuk penukaran brek dram kepada cakera dibolehkan kerana ia menghasilkan kuasa brek lebih baik.

Namun, pemasangan perlulah dilakukan dengan teliti dan menggunakan peralatan yang dikhususkan untuk model motosikal anda.

Tidak semestinya penggunaan brek lebih besar atau kuat daripada jentera lain mempertingkatkan tahap keselamatan kerana brek yang terlalu kuat memungkinkan kejadian tayar terkunci sehingga boleh menyebabkan kemalangan jalan raya.

Selain itu, pengubahsuaian sendiri mungkin membabitkan pemasangan yang tidak kuat dan boleh membahayakan apabila brek gagal berfungsi apabila diperlukan.

Peralatan seperti brek cakera berkenaan sudah diukur dan dipastikan kesesuaiannya untuk motosikal anda serta boleh digunakan sekiranya berkemampuan untuk membelinya.

No comments: