Pages

Friday, November 20, 2009

Pemotoran: Pastikan gred minyak

BERAPA kerap penukaran 4T mesti dilakukan? Adakah perlu ditukar selepas minyak bertukar hitam atau dalam jangka masa tertentu?

Buat masa ini, saya menukar minyak 4T sebulan sekali bagi menjaga enjin motosikal saya.

Anti Rempit,
Melaka

PERIKSA panduan pengeluar untuk memastikan gred mi nyak pelincir dicadangkan untuk motosikal anda. Gred ini sesuai untuk sepanjang hayat motosikal dan tidak perlu ditukar.

Sebenarnya angka pertama gred minyak merujuk kepada kelikatan minyak pada suhu sejuk (W untuk winter atau musim sejuk) justeru, secara praktikal untuk cuaca Malaysia, 15W atau 20W tidak memberi perbezaan kepada motosikal.

Penggantian minyak pelincir lazimnya setiap 5,000 km bagi minyak pelincir mineral.

Ramai yang menggunakan motosikal mereka sejauh lebih 100 km sehari untuk berulang alik ke tempat kerja.

Sekiranya anda jarang menggunakan motosikal dan ia belum mencapai 5,000 km dalam masa enam bulan, tukarlah minyak pelincir bagi mengelakkan menunggang motosikal dengan minyak pelincir yang sudah berubah dari segi molekulnya.

Minyak sintetik lazimnya dapat mengekalkan prestasi pe lincirannya dua kali ganda berbanding minyak mineral namun, penukaran penapis minyak disarankan pada per tengahan jangka hayat minyak itu.

Panduan penukaran minyak pada tahap 5,000 km ini untuk tunggangan harian biasa. Jika anda kerap menggunakan motosikal untuk perjalanan jauh atau bagi tugas berat, penukaran minyak yang lebih kerap disarankan.

No comments: