Pages

Tuesday, November 3, 2009

Kapal pesiaran paling besar

Oasis of the Seas mulakan pelayaran


KAPAL Oasis of the Seas yang merupakan kapal persiaran terbesar di dunia belayar keluar dari Finland menuju ke Fort Lauderdale, Florida. - REUTERS

KORSOER, Denmark 2 Nov. - Kapal persiaran terbesar dunia berjaya melepasi halangan genting semalam, dengan menurunkan cerobong asapnya untuk melalui bahagian bawah sebuah jambatan di negara ini.

Kapal Oasis of the Seas yang mempunyai ketinggian bangunan 20 tingkat, menyusup di bawah jambatan Great Belt Fixed Link dengan selamat ketika ia meninggalkan Laut Baltik dalam pelayaran sulungnya ke Florida.

Pengendali jambatan itu berkata, walaupun selepas menurunkan cerobong asap teleskopik, kapal raksasa itu mempunyai jarak kurang setengah meter dengan bahagian bawah jambatan.

Beratus-ratus orang berkumpul di kawasan pantai di kedua-dua belah jambatan dan menunggu selama berjam-jam untuk melihat kapal yang bergemerlapan dengan cahaya lampu itu belayar sejurus selepas tengah malam (pukul 6 pagi tadi waktu Malaysia).

"Sangat menakjubkan bila melihat kapal itu meluncur melalui bawah jambatan. Wah, ia sangat besar," kata Kurl Hal, 56.

Saiznya lima kali lebih besar daripada Titanic, kapal bernilai AS$1.5 bilion (RM5.2 bilion) ini mempunyai tujuh kawasan kejiranan, tempat luncur ais, padang golf kecil dan dewan amfiteater dengan 750 tempat duduk. Ia mempunyai 2,700 kabin dan mampu menampung 6,300 penumpang dan 2,100 anak kapal.

Kemudahan yang disediakan adalah kabin biasa dengan tetingkap lantai ke siling dan suit mewah sepanjang 487 meter lengkap dengan beranda menghadap laut atau laluan bersiar-siar.

Kapal persiaran ini juga memiliki empat kolam renang, gelanggang bola tampar dan bola keranjang serta zon muda-mudi dengan taman tema dan pusat jagaan kanak-kanak. - AP

No comments: