Pages

Thursday, November 19, 2009

Pemotoram: Enjin semput, mati tiba-tiba

SAYA menggunakan Modenas Kriss 110cc. Masalah yang saya alami enjin berbunyi sangat kuat sebelum ia tiba-tiba rosak dan sukar dihidupkan.

Saya mendapati ekzos mengeluarkan asap manakala enjin semput seperti tersumbat. Selepas itu, enjin tidak boleh dihidupkan lagi. Apakah masalahnya?

Mohd Irwan,
Danau Kota, Setapak

ENJIN mati boleh disebabkan beberapa punca. Asap ekzos yang nampak normal tidak semestinya menggambarkan gelang piston masih baik kerana asap hanya menjadi putih apabila terjadi kerosakan 'oil-scrapper ring' iaitu gelang piston yang berada paling bawah sekali.

Compression ring pertama dan kedua sebenarnya yang bertugas untuk memastikan ada mampatan secukupnya bagi menghidupkan enjin.

Adalah lazim enjin mengalami kepatahan atau kerosakan gelang mampatan ini tanpa kerosakan oil-scrapper ring atau gelang minyak.

Kerosakan compression ring menyebabkan kelonggaran pada piston dan enjin berbunyi bising.

Kadangkala gegelang yang patah ini mencalarkan dinding ekzos dan memerlukan penyelenggaraan menyeluruh dengan penukaran piston baru.

Kerosakan compression lazim berlaku seandainya enjin dipandu laju atau melampaui rpm (garis merah), namun boleh terjadi dalam keadaan panas dan perjalanan jauh.

Enjin boleh beroperasi terlalu panas jika penalaan kar buretor kurang tepat dan campuran bahan api terlalu nipis.

No comments: