Pages

Monday, November 9, 2009

Agama: Ikuti kelas al-Quran jika tidak boleh baca

SOALAN

SAYA gadis Melayu Islam, tetapi saya tidak lancar membaca Jawi serta bacaan al-Quran pula tidak sempurna. Apakah hukum jika saya membaca surah Yasin di pusara atau di rumah dengan bahasa rumi?

YANA
Perak

JAWAPAN


MEMBACA surah Yasin menerusi terjemahan dalam bahasa rumi masih dibenarkan terutama bagi mereka yang tidak lancar membaca dalam bahasa Arab.

Bagaimanapun, anda dinasihatkan mengikuti kelas al-Quran supaya dapat membaca al-Quran dengan baik termasuk cara sebutan huruf Arab (makhraj huruf) dan tajwid (bacaan panjang pendek dan sebagainya).

Anda dinasihatkan memahami maksud ayat yang dibaca supaya dapat mengamalkan isi kandung al-Quran.



No comments: