Pages

Saturday, October 31, 2009

Komputer: Tukar nama fail imej cara mudah

Gambar yang diambil menggunakan kamera digital atau telefon bimbit akan menggunakan nama fail tersendiri sebagai pengenalan kepada sesuatu imej.

Kebiasaannya imej akan diberi nama mengikut tarikh gambar diambil. Ia mungkin juga dimulakan dengan nama jenama kamera digital yang digunakan.Apabila terlalu banyak imej yang disimpan di dalam komputer, kadang kala ia menjadi kepayahan kepada kita untuk mendapatkan gambar yang kita kehendaki.

Oleh kerana kemudahan pencarian hanya boleh mencari gambar mengikut nama fail, maka elok nama fail sesuatu imej ditukarkan kepada nama yang mewakili kandungan gambar imej terbabit.

Menamakan semula nama imej mengikut kandungan satu persatu akan mengambil masa dan remeh, namun kita sebenarnya boleh menamakan sekumpulan imej dengan nama yang sama secara serentak dengan lebih mudah.

Untuk menamakan semula imej dengan cara serentak, ikutilah langkah berikut:

1. Pilih imej yang hendak ditukarkan namanya. Ikuti langkah di bawah untuk memilih imej yang banyak dengan lebih mudah:

? Jika imej berada di dalam satu folder, gunakan arahan Select All dengan menekan kekunci CTRL + A

? Jika imej yang hendak dipilih berada di lokasi yang berturutan di dalam folder yang sama, klik imej yang pertama, tekan SHIFT dan kemudian klik imej yang terakhir, tanpa melepaskan kekunci SHIFT itu. Semua imej yang berada di antara susunan imej pertama dan terakhir akan dipilih secara automatik.

? Jika anda ingin memilih imej yang tidak berada di dalam susunan pula, tekan kekunci CTRL dan seterusnya mengklik diatas imej pilihan, anda boleh terus meng klik diatas beberapa imej sekali gus tanpa melepaskan butang CTRL. Teknik ini akan memudahkan anda memilih imej yang berlainan susunan secara serentak.

2. Setelah imej dipilih anda boleh membuat perubahan nama imej serentak dengan menekan butang kanan tetikus dan memilih menu Rename

Dengan hanya menukarkan nama satu imej yang terdapat di dalam pilihan,

kesemua nama fail yang telah dipilih akan ditukarkan secara automatik mengikut nama yang diberikan.

Untuk mengelakkan persamaan di dalam nama fail, nombor bersiri akan ditambah secara automatik pada penghujung setiap nama fail yang dipilih.

Jika kamera digital atau telefon bimbit mempunyai kemudahan meletakan nama secara automatik, anda boleh juga menggunakan kemudahan itu yang mana, nama fail akan ditambah semasa gambar itu diambil.

Pemotoran: Enjin gegar ketika memecut

SAYA menggunakan motosikal Honda EX5 dan mengalami masalah enjin bergegar kuat ketika memecut antara kelajuan 80 hingga 100km/j. Kenapa perkara ini berlaku?

Putera Kapchai,Selangor.

LAZIMNYA, masalah itu berlaku akibat tahap melahu (idle) enjin terlalu tinggi selain percikan api pada palam pencucuh lambat dan tidak menepati tahap diperlukan. Ini menyebabkan operasi enjin tidak lancar.

Masalah hilang apabila pendikit dilepaskan sedikit bagi mengurangkan bebanan terhadap enjin. Saya menasihati supaya membuat penyelarasan semula bagi memastikan enjin berada dalam keadaan optimum.

Gegaran enjin lazimnya menjadi lebih ketara apabila kita melebihi sesuatu tahap rpm yang dihadkan pengeluar.

Masalah gegaran enjin pula membayangkan tahap kehausan komponen enjin yang melebihi tahap kelegaan dibenarkan dan mungkin enjin memerlukan baik pulih.

Ini kerana enjin haus dan bergetar apabila beroperasi dan menyebabkan gegaran. Punca gegaran enjin ini boleh datang daripada kehausan pelbagai bahagian enjin, sama ada daripada piston, gegalas utama dan mungkin klac.

Sekiranya gegaran disebabkan roda, ia boleh diatasi dengan melakukan imbangan tayar untuk memastikan masalah sebenar, sama ada ia dari tayar atau rim tayar bengkok.


Pemotoran: Rim sport lebih teguh

SAYA menggunakan Honda EX5. Masalah yang sering dihadapi adalah tayar motosikal saya sering pancit. Saya ingin menukar rim biasa kepada rim sport. Adakah pemasangan rim sport boleh menjejaskan prestasi motosikal?

Ooi Chong,Alor Setar, Kedah.

MASALAH tayar pancit mungkin disebabkan terdapat benda asing di dalam tayar hingga menyebabkan tiub mengalami kebocoran.

Ada masanya, tayar yang mengalami kerosakan menyebabkan dawai halus pada ruang dalam tayar terkeluar sehingga kerap mengalami kebocoran tayar. Periksa dengan mekanik apabila menukar tiub atau tayar baru.

Tidak dinafikan penggunaan rim sport lebih baik berbanding rim keluli yang dibekalkan pada motosikal baru kerana ia berat.

Binaan rim sport lebih teguh dan mengurangkan kemungkinan ia berubah bentuk apabila dalam keadaan yang ekstrim.

Perubahan ini memang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan berlaku hanya sekejap saja sewaktu membelok, namun akan dapat dirasakan.

Pemilihan rim sport membolehkan penggunaan tayar tidak bertiub yang jauh lebih teguh dan selamat untuk tunggangan seharian.

Tayar tidak bertiub lebih tahan lama dan selamat berbanding tayar menggunakan tiub. Ini kerana tayar berkenaan jika bocor tidak kehilangan angin secara mendadak hingga menyebabkan hilang kawalan motosikal.

Kualiti campuran getah tayar tidak bertiub juga lebih baik berbanding tayar bertiub kerana ia direka untuk menyimpan tekanan angin dalam tayar.

Penggunaan sport rim lebih ringan sebenarnya meningkatkan kuasa motosikal kerana peningkatan nisbah kuasa-ke-berat (power-to-weight ratio). Kuasa yang sedia ada dapat menggerakkan motosikal dengan lebih baik kerana berat bebanan keseluruhan menurun.


Pemotoran: Jarak tukar penapis motosikal

BERAPA jarak yang diperlukan untuk menukar penapis udara motosikal? Ini kerana, saya melalui jalan berhabuk setiap hari untuk ke tempat kerja.

Sentul, Kuala Lumpur

PENAPIS udara biasanya perlu diselenggara pada setiap 10,000km perjalanan kerana ia membantu kelancaran enjin secara tidak langsung.

Kegagalan memeriksa penapis udara akan menyebabkan piston dan blok enjin rosak akibat udara kotor yang memasuki kebuk pembakaran.

Jika anda sering menunggang dalam keadaan jalan berdebu, eloklah diperiksa penapis udara lebih kerap bagi memastikan prestasi penapisan udara berfungsi dengan baik.

Lazimnya karburetor mempunyai skru keluar bahan api di bawah takungan.

Skru ini apabila dibuka menyalurkan bahanapi keluar dari takungan karburetor. Tujuannya untuk mengalirkan bahan api kotor yang mungkin

terjadi kerana kemasukan habuk atau air ke dalam karburetor.

Jika anda memilih melakukan servis sendiri, buka skru takungan di karburetor dan bersihkan ia dari sebarang habuk halus yang terkumpul.


Pelancongan: Bkt Bendera

Oleh AZELI ALI




"Ramai juga pekerja kereta api yang bertemu jodoh di atas puncak Bukit Bendera dan membolehkan beberapa generasi mereka menetap dan mencari rezeki di sini..selanjutnya klik sini

Pelancongan: Kapal gergasi

Kapal penumpang gergasi keluar limbungan


KAPAL GERGASI Oasis of the Seas menjalani ujian pentauliahan berhampiran limbungan di Turku, Finland pada 28 September lalu.


HELSINKI - Kapal penumpang terbesar di dunia, Oasis of the Seas memulakan pelayaran pertamanya menuju ke Miami, Amerika Syarikat (AS) dari sebuah limbungan kapal tempat ia dibina di Finland.

Kapal sepanjang 360 meter berharga AS$1.5 bilion (RM5.1 bilion) itu dimiliki oleh syarikat perkapalan Royal Caribbean Cruise Lines.

Ia dijadual memulakan operasi di Miami Disember ini. Kapal berkenaan dilengkapi 16 dek penumpang di samping 2,700 kabin serta mampu menampung seramai 6,300 penumpang dan 2,100 krew.

Ia turut memiliki arena terbuka bersaiz sebuah padang bola selain menampilkan beberapa kemudahan lain untuk aktiviti penumpang seperti teater dengan 750 tempat duduk, sebuah gelanggang luncur ais dan kawasan hiburan remaja.

Oasis of the Seas dibina oleh firma Korea Selatan, STX meninggalkan pelabuhan Turku, barat daya Finland semalam serta dijadual singgah di pelabuhan Southampton, England sebelum belayar ke Florida. - AP

Agama: Turun Nabi Isa

Soalan:
Assalamualaikum tuan,
Ada beberapa persoalan yang saya harap tuan dapat membantu menjawabnya,diharap tuan dapat memberi jawapan dengan jelas berpandukan al-Qur’an dan sunnah.
1.) Apakah benar Nabi Isa tidak akan turun kebumi membantu umat Islam akhir zaman nanti.(kerana saya tidak temui ayat al-Qur’an yang menyatakan berlakunya perkara ini.)
2.) Adakah manusia yang berdosa atau ingkar (kafir) [...]

Baca Kiriman Penuh »

Agama: Pemakaian Bow

Assalamualaikum

Saya ingin bertanyakan hukum memakai bow tai(reben) di tengkuk mengantikan tali leher. ada sesetengah orng mengatakan haram kerana ikut ajaran kristian .Betul ke?Boleh jelaskan pada saya.


Jiji


Jawapan:

Alaikum salam

Persoalan ini adalah khilaf diantara ulamak. Ada yang kata boleh ada yang mengharamkannya. Ana tidak mengetahui samada benar atau tidak dakwaan yang mengatakan ianya adalah pakaian yang mengikut ajaran kristian. Akan tetapi sekiranya ia adalah benar, maka pemakaian itu menjadi haram berdasarkan kepada hadis rasulullah iaitu

“sesiapa yg menyerupai sesuatu kaum itu maka mereka adalah daripada mereka.”

Wallahua’lam

Agama: Dilarang memakai seluar ketat

WANITA muslim yang tinggal di Acheh Barat dilarang untuk memakai seluar ketat mulai 1 Januari tahun depan.
Sesiapa yang memakai seluar atau jeans ketat akan disuruh menukar pakaian tersebut kepada skirt labuh yang disediakan oleh kerajaan daerah itu.Manakala seluar ketat itu pula akan dipotong dua dengan segera dihadapan mereka...selanjutnya klik sini

Friday, October 30, 2009

Agama:Minyak Wangi beralkohol

Soalan :

Saya ingin tahu lebih lanjut mengenai minyak wangi .Sebagai umat Islam ,adakah salah sekiranya minyak wangi yang kita gunakan mengandungi alkohol , kerana ia bukan untuk diminum.

Bagaimana pula minyak wangi beralkohol itu digunakan ketika solat atau digunakan ketika keluar berjalan serta singgah solat dimana-mana surau? Saya ada mendengar solat yang saya lakukan dengan minyak wangi beralkohol tetap sah , sebab minyak wangi yang dijual dipasaran hari ini mengandungi alkohol yang rendah dan tidak mengapa sekiranya dibawa dalam solat.

Adakah benar dakwaan itu? Minta ustaz jelaskan kedudukan perkara sebenarnya.

Along, Politeknik Sultan Mizan

Jawapan:

Memakai minyak wangi adalah amalan sifat rasullah s.a.w dan juga para malaikat.Bukan sahaja malaikat dan rasulullah suka kepada bau-bauan yang harum bahkan semua manusia suka kepada bau-bauan yang harum.Orang yang memakai bau-bauan akan mendapat pahala disisi Allah.Para ulama berbeza pandangan didalam menentukan najis atau tidak minyak wangi yang mengandungi alkohol.Ini adalah kerana:

1)Alkohol yang diletakan didalam minyak wangi merupakan alkohol yang diharuskan dan bukannya alkohol yang sejenis dengan alkohol yang berada di dalam minuman keras.

2)Menilai pandangan ulama,ada yang menyatakan haram alkohol itu adalah haram minum bukan haram memakainya.Ia termasuk dalam perkara cabang dan bukan masalah pokok.Maka ia boleh dipermudahkan setelah kita tahu huraian-huraiannya. Rasullah S.A.W bersabda :

“Permudahkan jangan kamu memayahkan”.

Oleh itu, berdasarkan kepada pandangan ulama yang menyatakan harus,maka bolehlah kita memakai diluar sembahyang dan dalam sembahyang tanpa rasa was-was.Adapun muslimat tetap tidak boleh pakai minyak wangi di tempat-tempat awam.Ianya dibenarkan untuk suami dan keluarga serta sesama muslimat sahaja,Kerana ia boleh menimbulkan fitnah kepada kaum lelaki,samada yang ada alkohol atau tidak.

Agama:Soalan

Apakah tanda-tanda yang amal ibadah kita di terima oleh ALLAH SWT?

Ibadah kita itu memberikan kesan yang positif
Sentiasa ada peningkatan dalam penghayatan agama Allah dan mulai jauh dari maksiaat dan syubhah


apakah yang dikatakan sebagai kafarah?

Kesukaran-kesukaran, kesusahan dan musibah yang Allah jadikan untuk seseorang itu untuk membersihkan dirinya menghapuskan dosa-dosa yang dia lakukan. Nanti dia akan mati dalam keadaan bersih dari dosa.

Apakah hukum menggunakan Wang Sedekah yang Diberikan kepada Si Mati?

Simati tidak boleh menerima sedekah dalam bentuk material lagi
Hakikatnya pemberian itu adalah sumbangan kepada tuan rumah juga untuk urusan berkaitan jenazah dan lain-lain

sumber TKO

Agama: Soalan agama

Soalan: Kenapa kalau kita ambil air sembahyang hanya basuh di bahagian tertentu..sedangkan ada tenpat kain yang lebih patut di basuh( lebih kotor )..?

Kenapa basuh muka, tak basuh kemaluan..?


Kenapa tak mandi terus?

Perkara ibadah khusus sepatutnya tidak ditanyakan kenapa?
Kerana ia ta`abbudiyy
Yakni disyariatkan untuk kita lihat sekadar mana tahap perhambaan kita kepada Tuan kita yang sebenar
Para sahabat menjawab dengan"Kami dengar dan kami patuh"

Namun ada juga ulamak cakap
Kebiasaannya manusia melakukan dosa dengan anggota-anggota tersebut
Penyucian zahir itu adalah isyaarat kepada kita perlu sangat kebersihan batin dan ruh daripada dosa, sebelum kita diterima berada dalam majlis Allah.

Bersihkanlah diri kita dari dosa.

sumber TKO

Agama: Cara solat istikharah

Solat istikhoorah 100% seperti solat sunat biasa
yang berbeza hanya niyat dan doa selepas solat tu


Doa dalam bahasa arab

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلَا أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلَا أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ اللَّهُمَّ فَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ هَذَا الْأَمْرَ بِعَيْنِهِ خَيْرًا لِي فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ اللَّهُمَّ وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّهُ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ فَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ رَضِّنِي بِهِ

Dalam bahasa melayunya

Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.”

sumber TKO

Agama: Bolehkah lelaki memakai inai ?

Menurut Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi. Imam Syafie mengatakan bahawa memakai inai bagi lelaki adalah haram, melainkan bagi tujuan perubatan, kerana ia meryerupai wanita yang dilarang oleh syara’. Sebagai mana hadith shahih Allah swt melaknati lelaki yang menyerupai wanita.

Lelaki yang memakai inai di jari adalah haram kerana ia menterupai wanita dalam pada pandangan Imam Nawawi dan mazhab Syafie.

Ensaiklopedia Fiqh Kuwait mengatakan bahawa ulama’ bersetuju inai boleh digunakan oleh kaum lelaki di janggut dan rambut (di kepala). Inai di jari tidak dibenarkan atas alasan menyerupai kaum wanita.

Memakai inai dijari merupakan perhiasan kaum wanita, kenapa pula kaum lelaki ingin menggunakannya?. Kaum lelaki digalakkan mengunakan inai di janggut atau di rambut kepalanya. Hukum lelaki menggunakan inai samalah hukum lelaki yang meniru2 perbuatan kaum perempuan.

sumber TKO

Agama: LINA JOY - menang di mahkamah

( LINA JOY )
kehebatan peguam jahanam
Azlina Jailani telah menang di Mahkamah.
mereka tak akan menang kerana melawan Allah, mereka hanya menang sementara di dunia...
sapa yg lebih berkuasa...
sama-samalah kita berdoa agar kita, generasi kita dan semua Islam yg ada sekarang sentiasa dlm Agama Allah dan dilindungi Allah terpesong aqidah...amin

Pertubuhan Melayu Murtad telah diluluskan!!


persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia !!
Injil telah dicetak & di edar....
IFC buat RoadshoW besar-besaran sokong kebebasan Beragama...

Bersedialah wahai saudara - saudari ku yang amat disayangi...
BERDOALAH SEMOGA UMAT ISLAM SELAMAT
tolong sebarkan kepada yang cintakan AGAMA ALLAH
(Agama Islam)....

gambar Lina Joy ( belakang sekali ) & Para peguamnya




ISLAM DIHINA DI MALAYSIA
Baca sama-sama...

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila
berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??
Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.
Bukan takut nak beranak, tapi takut
ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan
membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang
terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan
signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt
kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga
minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni
dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan
IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...
Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung
dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia .
Antaranya:


1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sam pai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nak
jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum
identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa
minta di'tiada' kan .

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia
tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,
mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni
bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah
nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?....Kalau tak dak mahkamah
syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,
sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga
ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible
dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di
Malaysia ? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium
Muslim

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana
sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM
dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?....Depa kata kat
Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded
langsung!'....Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',
katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,
maka inilah hadiahnya!'...
Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia . Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar,
macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!
-------------------------------------------------------------------------
Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: 'Sepertimana yang Tartar
berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja
mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak
yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil
daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.

Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa
nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak
cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah
Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi
sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum
selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir
al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)

Allahua`ala `alam.
27 SEPTEMBER 2007

**SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE 'DIWAJIBKAN' POST KEPADA SAUDARA MUSLIM
LAINNYA... KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... SUPAYA SAUDARA MUSLIM KITA DAPAT
TAHU TENTANG UNSUR-UNSUR MENGHANCURKAN ISLAM....

Thursday, October 29, 2009

Komputer: Apakah Itu Blog?

Blog juga adalah satu jenis laman web. Namun, berbeza dari laman web biasa, artikel-artikel baru harus sentiasa ditambah dari masa ke semasa. Ada yang menulis blog setiap minggu, dan ada juga yang menulis blog setiap hari. Dalam blog juga, pembaca boleh memberikan komen dan maklum balas terhadap hasil tulisan anda.

Mengapa Nak Buat Blog?

Tidak dapat dinafikan bahawa kini, blog lebih cepat popular berbanding laman web biasa. Jadi, lebih ramai orang yang mula untuk membuat blog dengan pelbagai tujuan, antaranya ialah:

  • Sebagai diari dan catatan harian
  • Tempat berkongsi ilmu pengetahuan
  • Berbicara hal politik (Anwar Ibrahim dan Khir Toyo pun ada blog sendiri ^^)
  • Sumber pendapatan, iaitu sebagai cara untuk buat duit secara online

Antara contoh-contoh blog adalah Saifulislam yang mengajak kita berfikir, Affuan.net yang memberi tips tentang bisnes Internet, dan juga KNizam Artwerk yang membawa anda ke tempat-tempat makan yang menarik.

Mudahnya Menggunakan Blog!

Adakah anda perlu menjadi seorang pakar IT untuk memulakan blog? Tidak sama sekali! Cukuplah jika anda pandai menaip dan menggunakan Internet, anda sudah mampu untuk memiliki sebuah blog (^_^). Contohnya seperti di bawah ni:

Anda hanya perlu taip artikel anda…

blog-01

Dan ianya akan diletakkan dalam blog anda. Mudah kan ^^

image

Pendek kata, anda tak perlu bimbang mengenai design blog anda (boleh didapati dengan percuma), ataupun bahagian sidebar (kat sebelah kanan tu) yang nampak macam kompleks. Tiada kod-kod yang susah yang perlu dihafal. Cubalah sendiri, barulah anda tahu bahawa memulakan blog tidaklah sesusah mana.

Agama: Poligami tuntut adil

FIKRAH DR.SALAM
Penolong Profesor Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Abdul Salam Muhammad
Shukri

SOALAN
BAPA berkahwin lagi dengan wanita lain tanpa pengetahuan ibu. Saya tidak
membocorkan rahsia itu kerana tidak mahu ibu kecewa. Apakah tindakan saya
itu betul dan jika tidak, apa yang sepatutnya saya lakukan?

AZ,
Kuala Lumpur

JAWAPAN
APA yang boleh anda lakukan adalah menasihati bapa supaya bertanggungjawab
terhadap apa yang dilakukannya.

Anda boleh menasihati bapa supaya memberitahu ibu anda mengenai keadaan
sebenar. Ini lebih baik kerana lambat-laun ibu anda akan dapat mengesannya
juga.

Selain itu, kita perlu tahu, Islam membenarkan seorang lelaki berkahwin
lebih daripada satu, sehingga empat isteri dengan syarat dia boleh berlaku
adil kepada semua isterinya.

Antara sebab peruntukan itu adalah berlaku banyak peperangan dan ramai
perempuan menjadi yatim dan janda.

Demi mengelak berlaku penganiayaan terhadap mereka, Islam membenarkan
lelaki berkahwin lebih daripada satu.

Kita juga perlu tahu mengenai Akta Undang-Undang Keluarga Islam yang
diperuntukkan jika seorang lelaki ingin berpoligami, dia mesti memohon
kebenaran di Mahkamah Syariah.

Pihak mahkamah akan memanggil pemohon dan isteri atau isteri-isteri sedia
ada supaya hadir.

Mahkamah kemudian boleh memberi kebenaran jika berpuas hati yang
perkahwinan itu patut dan perlu, pemohon berkemampuan dan berupaya memberi
layanan sama rata kepada semua isteri dan perkahwinan itu tidak
mendatangkan mudarat dari sudut syariat kepada isteri sedia ada.

Semua ini dibuat demi menjaga keadilan sosial. Kegagalan mematuhi
peruntukan poligami adalah kesalahan di Malaysia.

myMetro

Agama: Perkara dilarang ketika solat

Menempelkan satu kaki dengan yang lain ketika berdiri.

Berdiri di atas satu kaki

Duduk di antara dua sujud dengan kedua-dua lutut terangkat ke atas dan
telapak tangan di lantai atau duduk di atas lutut dan jari kaki tegak
berdiri tanpa kaki menyentuh lantai.

Memasukkan kedua-dua tangan ke baju ketika berdiri, rukuk dan sujud.
Keadaan itu menyerupai orang Yahudi dalam solat mereka.

Menangkat pakaian (sarung dan celana) ketika sujud sama ada dari arah
depan atau belakang. Hal yang sama bagi lelaki menyelak rambut ketika
solat. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya: "Aku diperintahkan
bersujud di atas tujuh anggota tubuh dan tidak menyingkap pakaian atau
rambut".

Bercekak pinggang atau menjauhkan kedua-dua pangkal lengan dari dada.

Menyambung antara bacaan al-Fatihah dan takbiratul ihram serta antara
rukuk dan bacaan surah. Hal ini tidak disukai jika seseorang itu menjadi
imam. Sepatutnya, ia berdiam diri sebelum membaca al-Fatihah dan rukuk.

Makmum pula hendaklah tidak menyambung takbiratul ihramnya sendiri dengan
takbiratul ihram imam serta ucapan salamnya dengan salam imam.

Ia perlu berdiam diri sejenak sebelum takbiraul ihram mengikut imam dan
sebelum mengucapkan salam selepas salam imam.

Bagi imam dan makmum, jangan sesekali menyambung ucapan salam pertama
dengan yang kedua dan memisahkan kedua-duanya dengan diam sejenak.

Solat dalam keadaan mahu membuang air kecil atau besar kerana ia boleh
mengganggu khusyuk dalam solat.

Jangan bersolat ketika perut dalam keadaan sangat lapar apatah lagi ketika
itu makanan disediakan. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya "Apabila
diserukan solat Isya sedang makan malam siap, dahulukan makan sebelum
mengerjakan solat Isya kecuali apabila waktu solat tinggal sedikit atau
hatinya mantap, tidak terpengaruh."

Beberapa ulama salaf berkata: Empat perkara tidak patut dilakukan dalam
solat iaitu berpaling, mengusap muka, mempermainkan batu kerikil (di
tempat solat) dan solat di tempat lalu lintas.

Beberapa larangan solat yang lain ialah menyilangkan jari kedua-dua
tangan, mempermainkan sendi jari tangan atau kaki sehingga mengeluarkan
bunyi, menutup wajah dengan kain dan memasukkan kedua-dua tangan di antara
kedua-dua paha ketika rukuk.

myMetro

Hiburan: Filem michel Jackson

FILEM itu mencipta rekodnya tersendiri. Beratus-ratus tayangan di Amerika Syarikat Utara habis dijual, sebulan sebelum tayangan filemnya. Sony, telah mengesahkan bahawa lebih 30,000 tiket telah dijual pada hari pertama. Sehari kemudian, Sony menyatakan jualan tiket di Jepun mencatat angka AS$1 juta (RM3.8 juta)...selanjutnya klik sini

Pemotoran: Wajib jalani pemeriksaan Puspakom

KUALA LUMPUR - Berkuat kuasa 1 Januari 2010, semua kenderaan persendirian berusia 15 tahun atau lebih diwajibkan menjalani pemeriksaan komprehensif tahunan ekoran kajian semula Dasar Automotif Nasional (DAN) yang diumumkan semalam... selanjutnya klik sini

Agama: Perbezaan mazhab

Oleh PROF. DATUK DR. MAHMOOD ZUHDI ABD. MAJID

SEORANG pembaca menulis e-mel kepada saya bertanya sama ada mazhab Wahabi betul atau salah, dan sama ada ia boleh diamalkan atau sebaliknya. Saya menjawab, mazhab itu sebahagian daripada mazhab-mazhab dalam Islam, malah ia lanjutan kepada mazhab Hambali..selanjutnya klik sini

Wednesday, October 28, 2009

Agama: Kejadian Hawa

(DAN Allah berfirman): Hai Adam, bertempat tinggallah kamu dan isterimu di syurga serta makanlah olehmu berdua (buah-buahan) di mana sahaja yang kamu sukai dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini, lalu jadilah kamu berdua termasuk orang-orang zalim. (al-A'raaf: 19)

WALAUPUN Allah memberi Nabi Adam tempat di dalam syurga yang indah dan makanan yang lazat, tetapi sayangnya Nabi Adam tinggal di syurga seorang diri dan sebatang kara. Setiap hari Nabi Adam melalui hari-hari yang penuh dengan kesepian. Tiada tempat untuknya meluahkan suka, duka, kasih dan sayangnya.

Allah tahu kesepian yang dialami oleh Nabi Adam di dalam syurga yang indah itu. Allah sangat kasihan dan simpati melihat Nabi Adam. Oleh itu, Allah akan mencipta makhluk baru yang sama dengan Nabi Adam, tetapi jenis wanita. Tujuannya ialah menyempurnakan segala kekurangan dan kesepian dalam hidup Nabi Adam.

Makhluk yang diciptakan itu akan menjadi isterinya. Di samping itu juga untuk meramaikan makhluk di muka bumi bagi membentuk sejarah kebudayaan serta mengembangkan keturunan supaya menjadi lebih besar.

Sedang baginda termenung di bawah sepohon pokok, baginda ternampak sepasang burung sedang bergurau senda. Terdetik di hatinya serta berharap ada seorang teman yang boleh bercakap-cakap dengannya. Sedang asyik baginda memerhatikan burung itu, baginda pun rasa mengantuk dan terus tertidur. Di kala baginda tertidur itulah, Allah telah menciptakan manusia kedua, jenis wanita daripada tulang rusuk pendek yang terdapat di bahagian kiri tubuh Nabi Adam.

Setelah Nabi Adam bangun daripada tidur dan membuka matanya, baginda melihat seseorang berdiri di sisinya. Orang itu tidak pernah dilihat oleh Nabi Adam pun mempersilakannya duduk di sampingnya, dan lalu bertanya kepada orang itu, "Siapakah engkau dan siapa namamu?"

Wanita itu pun menjawab, "Aku adalah wanita dan belum tahu akan namaku sendiri."

Adam pun bertanya lagi, Kenapa kamu diciptakan?"

Dia menjawab, "Untuk menenangkan dirimu".

Mendengar kata-kata wanita itu, Nabi Adam sangat suka dan gembira. Nabi Adam pun memberi nama wanita itu 'Hawa'.

Selepas itu, Nabi Adam pun dikahwinkan dengan Hawa sambil disaksikan oleh Allah, para malaikat dan sekelian penghuni syurga. Kedua-duanya hidup bahagia dan girang di dalam syurga yang aman dan tenteram. Mereka boleh makan dan minum sepuas-puasnya kerana segala-galanya sudah tersedia dengan cukup di dalamnya.

Petikan daripada buku Untaian 366 kisah daripada al-Quran terbitan Edusystem Sdn. Bhd.

Agama: Cerita pasai Jin-Ismail Kamus

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya
Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal
puluh ribu tahun lamanya .

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk
menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt.
melaknat dan perintah turun ke bumi.

Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin
Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh).
Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang
Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling
suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu
ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau
menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu,
adik-beradik jin lah tuu.

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan , sungai, hutan,
lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan
kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di
perjalanan (contohnya jalan raya), perlu baca " Sala
Mun, ' Ala Sulaiman, Fil 'alamin."

Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi
Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca
ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa
bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila
pula, kita jadi cucu cicit jin !!!!

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab
jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik
nasib, pembohong... ." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman,
memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga
Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu.
Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan
tongkat k ayu . Dan jin tekun membuat kerja di
hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan
tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman
pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi
Sulaiman telah mangkat.

8) Manusia juga dilarang membuang air di
lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu
tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di
larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah
yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di
situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca
surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3
hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang mel ayu
suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7
~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9
kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang
yang di rasuk.

* Kalau rajin..Tolong sebarkan maklumat ini kepada
saudara Muslim Muslimat yang lain. Ilmu yang
bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan
bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati

Kesihatan: Faedah lelap seketika kepada pekerja

SESETENGAH daripada kita menganggap bahawa lelap atau tidur sebentar pada waktu siang adalah sifat orang yang malas. Tidak kurang juga yang berandaian bahawa rutin tidur sebegini mengganggu kesihatan...selanjutnya klik sini

Kesihatan: Coli rosakkan payu dara

PEMILIHAN saiz coli yang salah boleh mengakibatkan kerosakan jangka panjang pada tisu dan bentuk payu dara sekiranya terus dibiarkan...selanjutnya klik sini

Tuesday, October 27, 2009

Pemotoran: Bateri rosak boleh dibaiki

BATERI adalah antara komponen yang cukup penting pada bahagian enjin kenderaan. Bateri yang lemah, rosak dan kekurangan air bateri boleh menyebabkan enjin sukar dihidupkan. Malah, kereta yang tidak dihidupkan selama tiga atau empat hari juga boleh menyebabkan bateri lemah.

Oleh itu, pemeriksaan bateri, air dan kabelnya adalah beberapa perkara yang perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Lazimnya, kerosakan pada bateri kenderaan kadang kala boleh dibaiki, tetapi tidak menjamin berapa lama hayat kuasa bateri anda akan bertahan. Antara sebab kerosakan itu tidak tahan lama ialah kerana bahagian dinding yang merekah itu akan diresapi asid bateri, sekali gus sukar melekatkan sebarang pelekat yang disapukan kepadanya.

Selain itu, anda sering menghadapi risiko apabila menggunakan bateri yang sudah retak terutama boleh menyebabkan enjin kereta anda sukar dihidupkan kerana kehilangan kuasa bateri.

Bagaimanapun, jika anda ingin menggunakan bateri yang bahagian dindingnya sudah retak dengan membaiki semula, boleh berbuat demikian dengan mengambil beberapa langkah tertentu.

Peringkat pertama, pindahkan bateri itu dan diletakkan pada lapikan plastik. Bersihkan bahagian luar bateri itu dengan bahan pencuci seperti sabun serbuk untuk menghilangkan tompokan berminyak dan gris.

Kemudian renggangkan sedikit bahagian retak menggunakan pisau sebelum memasukkan simen khas ke dalamnya untuk menampung kerosakan ini. Simen khas dikenali sebagai Batrepair ini boleh dibeli di kedai aksesori kereta.

Tunggu sehingga simen yang disapukan pada permukaan retak itu kering sebelum mengambil tindakan lain.

Setelah kerja membaiki keretakan itu selesai, masukkan cecair asid ke dalam lubang disediakan pada paras ditentukan. Bagaimanapun, anda disyorkan membawa bateri yang dibaiki itu ke bengkel kereta untuk ujian daya kuasa menggunakan alat pengecas khas.

Sesetengah bateri yang baru dibaiki boleh dipulihkan kuasa elektriknya ketika enjin kereta dihidupkan. Terlalu lama mengecas bateri itu juga boleh merosakkan bahagian kepingan

plumbum seperti retak.

Keretakan plumbum akan menyebabkan daya kuasa bateri menjadi berkurangan dan sekali gus, petanda anda perlu menukar kepada bateri baru. Bagaimanapun, sesetengah kereta memerlukan alat pengecas khas yang mungkin mengambil masa kira-kira sejam sebelum ia boleh digunakan.

Pastikan selaput asid yang melekat pada terminal negatif dan positif bateri dibersihkan dari semasa ke semasa sebagai langkah kuasa bateri bertahan lama.

Cara mudah menghapuskan selaput asid itu ialah dengan menuangkan air panas ke kedua-dua terminal itu.

Bagaimanapun, anda perlu berhati-hati ketika menuangkan air panas ke bahagian terminal itu agar tidak terkena pada komponen lain. Kesan sampingan jika selaput asid memenuhi terminal ialah akan menyebabkan arus elektrik tidak sampai ke beberapa komponen yang memerlukan.

Selain itu, kesan selaput asid itu juga boleh menyebabkan kabel bateri berkarat dan mudah terputus.

Komputer: Cara nak panjangkan hayat bateri laptop

Untuk bateri baru, cas sampai penuh dan offkan charger.. waktu cas kene off laptop.. jangan cas sambil guna, ia akan memakan hayat bateri tersebut.. jika korang nak guna laptop dalam tempoh yang lama, cabutkan bateri dahulu, pasang charger dan on laptop.. dengan cara itu penggunaan bateri dapat dijimatkan, dan bateri tak overcas.. amalkan selalu, insyaAllah bateri korang tahan..

*konsepnya sama macam handphone dan peralatan lain yang menggunakan charger dan bateri..

Komputer: Cara layari internet dengan pantas

Kadangkala anda mungkin mendapati ada laman web dan program Internet yang mengambil masa lebih lama daripada biasa untuk dimuat turun. Kelajuan Internet anda tidak hanya bergantung kepada keadaan talian telefon sahaja. Ada beberapa faktor lain yang mempengaruhinya seperti prestasi pelayan rangkaian dan router, faktor alam sekeliling serta kemampuan komputer anda. Sehubungan itu, proses pelayaran Internet anda mungkin terjejas disebabkan banyak perkara yang mempengaruhi kelajuan sebenar sambungan itu.

Bagi meningkatkan pengalaman pelayaran Internet anda, fahami beberapa faktor yang mungkin akan memperlahankan sambungan anda.

Lokasi Laman Web
Lebih dekat lokasi laman web yang ingin anda layari, maka lebih cepatlah anda dapat mengaksesnya. Laman web berpangkalan di Malaysia memberikan akses lebih cepat berbanding laman web yang berpangkalan di luar negara. Kelajuan juga bergantung kepada bilangan pertukaran rangkaian yang diperlukan sebelum mencapai laman web yang dikehendaki.

Laman Web Popular
Semakin popular sesuatu laman web itu, semakin ramai pengguna akan mengaksesnya pada masa yang sama. Jika laman tersebut tidak mampu memenuhi permintaan pelawatnya, laman web tersebut mungkin dimuat turun dengan perlahan atau gagal dimuat turun sama sekali.

Kandungan Laman Web
Laman web yang mempunyai imej berkualiti tinggi atau fail yang besar biasanya mengambil masa lebih lama untuk dimuat turun berbanding laman web yang berasaskan teks dan berimej kecil.

Perkongsian Muat turun (peer-to-peer)
Program seperti ini bergantung kepada bilangan pengguna dalam talian yang memiliki fail dikehendaki dan bilangan pengguna yang sanggup berkongsi fail tersebut. Kadangkala, kelajuan rangkaian bergantung kepada sambungan pengguna di rangkaian yang lain. Proses muat turun akan mengambil masa yang lama sekiranya ramai pengguna meminta fail lama atau fail terhad.

Virus, Cecacing, Perisian Adware, Perisian Spyware
Program perosak juga boleh memperlahankan sambungan anda ke Internet. Pastikan anda kerap menjalankan pemeriksaan ke atas sistem komputer dan sentiasa mengemaskini program antivirus, antiperisian adware dan antiperisian spyware secara konsisten.

Kesihatan: Awas puting bayi!

ADAKAH anak anda menggunakan puting bayi? Jika ya, anda mungkin perlu menghadapi kenyataan yang pahit hasil penemuan terkini bidang perubatan.

Kanak-kanak yang menggunakan puting bayi sebenarnya berisiko tiga kali ganda menghadapi kesukaran bercakap ketika usia mereka menjelang dewasa kelak...selanjutnya klik sini

Agama: Ini bukan mukjizat

Oleh FATIMI NADIAH ZAINUDEEN


REAKSI orang ramai yang mudah percaya kepada perkara ajaib hanya menonjolkan mentaliti yang rendah.


ADA yang percaya kisah sejadah berdiri dengan sendirinya dilakukan oleh kuasa ghaib. Tidak kurang juga yang melihatnya sebagai helah individu ‘nakal’ semata-mata...selanjutnya klik sini

Monday, October 26, 2009

Agama: Musykil pakaian renang Muslimah

FIKRAH DR.SALAM
Penolong Profesor Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Abdul Salam Muhammad
Shukri

SAYA terbaca satu ruangan dalam akhbar mengenai Zahra Masoumah Abdul Halim
yang akan berenang merentasi Selat Inggeris dengan berpakaian renang cara
Islam.
Saya difahamkan aurat perempuan Muslimah ialah seluruh badan kecuali muka
dan telapak tangan, malah tidak menampakkan susuk badan. Jadi, adakah ini
dikira menutup aurat?

MAS,
Kuala Lumpur.

ISLAM adalah agama yang menitikberatkan keselamatan diri dan kesopanan.
Dalam memilih cara berpakaian, Islam menghendaki wanita dan lelaki menutup
aurat. Aurat lelaki antara pusat ke lutut. Bagi wanita, ada beberapa
perkara berkaitan aurat yang perlu diteliti.
Pertama, apabila berada di depan lelaki asing dan di hadapan wanita bukan
Islam, aurat wanita seluruh badan kecuali muka dan dua tangan.
Keduanya, apabila di depan lelaki mahramnya dan sesama Muslimah, batasan
lebih luas dengan diberi kebenaran untuk terlihat rambut, leher, tangan
dan kaki. Islam tidak mahu tubuh wanita dieksploitasikan bagi tujuan
komersial dan nafsu seks.
Memang tidak dinafikan terdapat pereka pakaian cuba memperkenalkan pakaian
mandi serta pakaian sukan untuk wanita yang menepati kehendak syariah.
Tujuannya supaya wanita Islam dapat meneruskan aktiviti sukan dengan tidak
melanggar kehendak syariah.
Mengenai Zahra Masoumah Abdul Halim yang mengenakan pakaian renang yang
menutup aurat dan bertudung dalam usaha merentas Selat Inggeris, ia
sepatutnya dialu-alukan walaupun ada kekurangan seperti yang anda katakan.
Apa yang penting semangatnya untuk membuktikan pakaian secara sedemikian
tidak menghalang untuk terus berjaya. Semangat dan hasrat beliau yang
patut dicontohi.

myMetro

Kesihatan: Penyebab hilang upaya kekal




DI Malaysia, penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, barah payu dara, barah serviks dan sakit jantung merupakan antara penyakit kronik yang banyak membawa maut.
selanjutnya klik sini

Hadis

Tajuk :Di akhir Zaman Nanti

Salim r.a mendengar Abu Hurairah mengatakan bahawa Nabi s.a.w bersabda:”Nanti akan dilenyapkan ilmu pengetahuan, akan bermaharajalela perzinaan dan kejahatan serta banyak haraj.” Seseorang bertanya:”Apakah haraj itu, ya Rasulullah?” Jawab baginda:”Begini!” (Nabi memberi isyarat dengan tangan baginda, seolah-olah menggambarkan terjadinya suatu pembunuhan.”
(Bukhari)

Hadis

Tajuk :Mengqadha’ Puasa Orang Yang Telah Meninggal

Dari Ibnu Abbas r.a katanya:”Seorang wanita datang bertanya kepada Rasulullah s.a.w katanya:”Ibuku meninggal. Sedangkan dia mempunyai hutang puasa selama sebulan. Bagaimana?” Jawab Rasulullah s.a.w: “Bagaimana pendapatmu andaikata dia mempunyai hutang terhadap seseorang, adakah engkau bayar?” Jawab wanita itu,:”Tentu ya Rasulullah!” Sabda Rasulullah s.a.w :”Hutang kepada Allah lebih patut dibayar.”
(Muslim)

Bayi bersama tanda lahir ayat2 AlQuran

Oleh:HambaAllah

koran_boy

Assalaamu’alaikum w.b.t……. Subhanallah, satu lagi keajaiban telah ditunjukkan oleh Yang Maha mencipta. Di wilayah Dagestan, Russia, ada seorang bayi yang baru berusia 9 bulan, lahir bersama tanda lahir berupa ayat2 Quran dan hadith yang mengandungi nama Allah di bahagian2 tubuhnya...selanjutnya klik sini

Sunday, October 25, 2009

Hadis

Tajuk :Keutamaan Di Saf Pertama
Dari Abu Mas’ud r.a katanya:”Rasulullah s.a.w menyentuh bahu kami sebelum solat sambil berkata:”Luruskan barisanmu, jangan bengkok-bengkok kerana barisan yang bengkok, nescaya akan menyebabkan hatimu berpecah-belah. Orang dewasa yang cerdik dan pandai hendaklah berdiri dekat di belakangku, kemudian yang pandai dan seterusnya.”
(Muslim)
Sumber Jabatan Kemajuan Islam

Hadis

Tajuk :Kemuliaan Bumi Madinah
Dari ‘Ashim r.a katanya:”Saya bertanya kepada Anas:”Adakah
Rasulullah menjadikan Madinah suatu Tanah Suci?” Jawabnya:
”Ya, iaitu dari sini sampai ke sana, tidak boleh ditebang pohonnya.
Siapa yang mengada-adakan di situ perbuatan yang bukan-bukan
nescaya memperolehi kutukan Allah, kutukan malaikat dan
seluruhnya.”
(Bukhari)

Sumber Jabatan Kemajuan Islam

Persoalan talak bergantung pada niat

FIKRAH DR.SALAM
Penolong Profesor Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Abdul Salam Muhammad
Shukri

SAYA pernah mengeluarkan kata-kata "kalau awak buat lagi... selamat
tinggal." Adakah jatuh talak?
ZUL,
Perak.

PERKATAAN 'selamat tinggal' yang diucapkan masih bersifat tidak jelas. Ia
bergantung kepada niat anda sendiri sama ada ia bermaksud perceraian atau
tidak.
Jika anda berniat talak, talak akan jatuh apabila isteri anda mengulangi
perbuatan sedemikian. Talak ini dinamakan dengan talak dengan taklik,
iaitu dinyatakan syarat dan kadangkala disebut dengan masa tertentu.

myMetro

Anak luar nikah mesti bin atau binti Abdullah

FIKRAH DR.SALAM
Penolong Profesor Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Abdul Salam Muhammad
Shukri

SOALAN

BOLEHKAH saya menukar bin atau binti anak saya kepada nama suami saya yang
berstatus anak luar nikah. Sekarang anak saya berusia tiga bulan dan
berbinkan Abdullah.
Jika boleh, jabatan mana yang perlu saya rujuk mengenai perkara ini?

SUE,
Johor.

JAWAPAN

KEPUTUSAN Majlis Fatwa Kebangsaan adalah jelas dalam hal ini bahawa ‘Anak
zina atau anak di luar nikah (anak tak sah taraf) sama ada diikuti dengan
perkahwinan kedua-dua pasangan ibu bapanya atau tidak hendaklah dibin atau
dibintikan kepada Abdullah.’
(http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=61).
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bertindak berasaskan fatwa itu dan orang
ramai hendaklah berpandukan kepadanya. Ini dilakukan bagi menjaga
keturunan supaya tidak bercampur aduk. Dengan itu anda tidak dibenarkan
menukar bin atau binti anak puan kepada nama suami.

myMetro

Jatuh talak jika dilafaz

FIKRAH DR.SALAM
Penolong Profesor Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Abdul Salam Muhammad
Shukri.

SOALAN
ADAKAH jatuh talak, jika seseorang suami itu hanya terlintas di dalam hati
untuk bercerai, sedangkan tiada lafaz diucapkan?

RAZI,
Selangor

JAWAPAN

TALAK perlu menggunakan sighah iaitu lafaz seperti perkataan: "...aku
ceraikan engkau! Jika lafaznya terang seperti di atas, jatuh talaknya
walaupun tanpa niat.
Ini kerana talak bukan perkara yang boleh dimain-mainkan. Jika lafaz tidak
jelas (kinayah), maka tidak jatuh talak kecuali dengan niat.
Begitu juga talak tidak jatuh jika hanya berniat tanpa melafazkan. Dalam
persoalan niat, apabila berniat hendak berbuat amal baik, kita sudah
termasuk mendapat ganjarannya.
Bagaimanapun, bagi niat melakukan kejahatan sebelum melakukannya, dikira
masih belum berdosa.

myMetro