Pages

Saturday, October 31, 2009

Pemotoran: Jarak tukar penapis motosikal

BERAPA jarak yang diperlukan untuk menukar penapis udara motosikal? Ini kerana, saya melalui jalan berhabuk setiap hari untuk ke tempat kerja.

Sentul, Kuala Lumpur

PENAPIS udara biasanya perlu diselenggara pada setiap 10,000km perjalanan kerana ia membantu kelancaran enjin secara tidak langsung.

Kegagalan memeriksa penapis udara akan menyebabkan piston dan blok enjin rosak akibat udara kotor yang memasuki kebuk pembakaran.

Jika anda sering menunggang dalam keadaan jalan berdebu, eloklah diperiksa penapis udara lebih kerap bagi memastikan prestasi penapisan udara berfungsi dengan baik.

Lazimnya karburetor mempunyai skru keluar bahan api di bawah takungan.

Skru ini apabila dibuka menyalurkan bahanapi keluar dari takungan karburetor. Tujuannya untuk mengalirkan bahan api kotor yang mungkin

terjadi kerana kemasukan habuk atau air ke dalam karburetor.

Jika anda memilih melakukan servis sendiri, buka skru takungan di karburetor dan bersihkan ia dari sebarang habuk halus yang terkumpul.


No comments: