Pages

Thursday, October 29, 2009

Agama: Perkara dilarang ketika solat

Menempelkan satu kaki dengan yang lain ketika berdiri.

Berdiri di atas satu kaki

Duduk di antara dua sujud dengan kedua-dua lutut terangkat ke atas dan
telapak tangan di lantai atau duduk di atas lutut dan jari kaki tegak
berdiri tanpa kaki menyentuh lantai.

Memasukkan kedua-dua tangan ke baju ketika berdiri, rukuk dan sujud.
Keadaan itu menyerupai orang Yahudi dalam solat mereka.

Menangkat pakaian (sarung dan celana) ketika sujud sama ada dari arah
depan atau belakang. Hal yang sama bagi lelaki menyelak rambut ketika
solat. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya: "Aku diperintahkan
bersujud di atas tujuh anggota tubuh dan tidak menyingkap pakaian atau
rambut".

Bercekak pinggang atau menjauhkan kedua-dua pangkal lengan dari dada.

Menyambung antara bacaan al-Fatihah dan takbiratul ihram serta antara
rukuk dan bacaan surah. Hal ini tidak disukai jika seseorang itu menjadi
imam. Sepatutnya, ia berdiam diri sebelum membaca al-Fatihah dan rukuk.

Makmum pula hendaklah tidak menyambung takbiratul ihramnya sendiri dengan
takbiratul ihram imam serta ucapan salamnya dengan salam imam.

Ia perlu berdiam diri sejenak sebelum takbiraul ihram mengikut imam dan
sebelum mengucapkan salam selepas salam imam.

Bagi imam dan makmum, jangan sesekali menyambung ucapan salam pertama
dengan yang kedua dan memisahkan kedua-duanya dengan diam sejenak.

Solat dalam keadaan mahu membuang air kecil atau besar kerana ia boleh
mengganggu khusyuk dalam solat.

Jangan bersolat ketika perut dalam keadaan sangat lapar apatah lagi ketika
itu makanan disediakan. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya "Apabila
diserukan solat Isya sedang makan malam siap, dahulukan makan sebelum
mengerjakan solat Isya kecuali apabila waktu solat tinggal sedikit atau
hatinya mantap, tidak terpengaruh."

Beberapa ulama salaf berkata: Empat perkara tidak patut dilakukan dalam
solat iaitu berpaling, mengusap muka, mempermainkan batu kerikil (di
tempat solat) dan solat di tempat lalu lintas.

Beberapa larangan solat yang lain ialah menyilangkan jari kedua-dua
tangan, mempermainkan sendi jari tangan atau kaki sehingga mengeluarkan
bunyi, menutup wajah dengan kain dan memasukkan kedua-dua tangan di antara
kedua-dua paha ketika rukuk.

myMetro

No comments: