Pages

Tuesday, October 27, 2009

Komputer: Cara layari internet dengan pantas

Kadangkala anda mungkin mendapati ada laman web dan program Internet yang mengambil masa lebih lama daripada biasa untuk dimuat turun. Kelajuan Internet anda tidak hanya bergantung kepada keadaan talian telefon sahaja. Ada beberapa faktor lain yang mempengaruhinya seperti prestasi pelayan rangkaian dan router, faktor alam sekeliling serta kemampuan komputer anda. Sehubungan itu, proses pelayaran Internet anda mungkin terjejas disebabkan banyak perkara yang mempengaruhi kelajuan sebenar sambungan itu.

Bagi meningkatkan pengalaman pelayaran Internet anda, fahami beberapa faktor yang mungkin akan memperlahankan sambungan anda.

Lokasi Laman Web
Lebih dekat lokasi laman web yang ingin anda layari, maka lebih cepatlah anda dapat mengaksesnya. Laman web berpangkalan di Malaysia memberikan akses lebih cepat berbanding laman web yang berpangkalan di luar negara. Kelajuan juga bergantung kepada bilangan pertukaran rangkaian yang diperlukan sebelum mencapai laman web yang dikehendaki.

Laman Web Popular
Semakin popular sesuatu laman web itu, semakin ramai pengguna akan mengaksesnya pada masa yang sama. Jika laman tersebut tidak mampu memenuhi permintaan pelawatnya, laman web tersebut mungkin dimuat turun dengan perlahan atau gagal dimuat turun sama sekali.

Kandungan Laman Web
Laman web yang mempunyai imej berkualiti tinggi atau fail yang besar biasanya mengambil masa lebih lama untuk dimuat turun berbanding laman web yang berasaskan teks dan berimej kecil.

Perkongsian Muat turun (peer-to-peer)
Program seperti ini bergantung kepada bilangan pengguna dalam talian yang memiliki fail dikehendaki dan bilangan pengguna yang sanggup berkongsi fail tersebut. Kadangkala, kelajuan rangkaian bergantung kepada sambungan pengguna di rangkaian yang lain. Proses muat turun akan mengambil masa yang lama sekiranya ramai pengguna meminta fail lama atau fail terhad.

Virus, Cecacing, Perisian Adware, Perisian Spyware
Program perosak juga boleh memperlahankan sambungan anda ke Internet. Pastikan anda kerap menjalankan pemeriksaan ke atas sistem komputer dan sentiasa mengemaskini program antivirus, antiperisian adware dan antiperisian spyware secara konsisten.

No comments: