Pages

Monday, November 9, 2009

Agama: Korban diwakili ibu adalah sah

SOALAN

DI Aidiladha lalu saya menunaikan korban di kampung. Disebabkan saya bekerja di Kuala Lumpur, ibu sudah mendahulukan wangnya sebanyak RM300 kepada wakil surau.

Sehingga ke tarikh hari raya berkenaan, saya tidak dapat membayar balik wang kepada ibu atas sebab tertentu.

Ini kerana saya juga tidak berhari raya di kampung. Persoalan saya, adakah korban itu sah dan apakah syarat lain mengerjakan korban?

ROZLINAH
Kuala Lumpur

JAWAPAN


KORBAN yang dilakukan adalah sah dengan mewakilkannya kepada ibu. Antara syarat korban ialah:

(1) seekor haiwan dijadikan korban hendaklah sampai umur, contohnya lembu atau kambing berumur dua tahun atau lebih

(2) tiada kecacatan pada haiwan terbabit

(3) niat ketika disembelih.

No comments: