Pages

Thursday, November 5, 2009

Pemotoran: Periksa brek elak kemalangan

SEDAR atau tidak kebanyakan berita mengenai kemalangan jalan raya sering kali memaparkan sistem brek kenderaan yang bermasalah menjadi antara punca utama berlakunya kejadian itu.
Sistem brek kenderaan sangat penting bagi sesebuah kenderaan kerana kegagalannya berfungsi akan menyebabkan nyawa seseorang itu dalam bahaya.

Sehubungan itu setiap kali servis kenderaan dilakukan pemeriksaan dan penjagaan sistem brek kenderaan antara rutin penting yang perlu dilakukan pemilik kenderaan untuk mengelakkan sebarang kecelakaan berlaku ketika memandu.
Bagi memastikan kenderaan anda sentiasa berada dalam keadaan selamat anda dinasihatkan membuat pemeriksaan sebulan sekali, termasuk memeriksa paras minyak brek kereta anda.

Pastikan minyak berada pada paras antara minimum dan maksimum dan jangan memandu sekiranya paras minyak brek di bawah paras minimum.

Dalam tempoh enam bulan pula, ketika anda hendak membuat penukaran tayar,jangan lupa memeriksa pelapik brek dan pastikan lapisan pencengkam masih tebal.

Sekiranya mendapati pelapik brek sama antara kiri dan kanan nipis, minta mekanik periksa sistem saluran minyak brek atau sistem tekanan brek.

Kemungkinan tekanan dikenakan ke atas kedua-dua brek tidak sama dan ini bahaya kepada pemanduan, terutama ketika membrek dalam kelajuan tinggi. Perkara sama perlu dilakukan kepada brek dram.

Bagi mereka yang gemar memandu secara laju dan agresif, anda dinasihatkan menukar pelapik brek kereta kepada yang tahan panas.
Pastikan menukar sistem saluran minyak brek anda kepada saluran lebih baik. Ini untuk memastikan sistem brek kereta berfungsi dalam tekanan tinggi, suhu tinggi dan tindak balas lebih cepat apabila pemijak ditekan.

Kesilapan minyak brek boleh menyebabkan keseluruhan sistem brek mengalami kerosakan, terutama pelapik yang diperbuat daripada getah.
Jika ada kesan calar pada cakera dram, minta mekanik menilai sama ia sesuai lagi atau tidak. Jika hendak menukar pelapik brek dicadangkan asah kembali cakera atau tukar dram kepada yang lebih baik.

Kesan calar boleh menjadi penghalang pelapik brek untuk mencengkam cakera atau dram. Kebiasaannya kerosakan selalu berlaku adalah brek tersekat.

Keadaan ini berlaku kerana pelapik brek tidak kembali terapung apabila kita lepaskan brek dan mencengkam cakera. Kerosakan angkup yang mengawal pelapik brek.

Jangan ambit mudah sekiranya anda menyedari terdapat kesan lelehan minyak di mana-mana bahagian, sebaliknya minta mekanik memeriksanya. Ini kerana kebocoran kecil boleh menjadi besar ketika membrek kerana tekanan dikenakan atasnya.
Bagi kenderaan dengan transmisi automatik, pelapik brek hadapan lebih cepat haus berbanding belakang (biasanya dua kali ganda cepatnya).

Panduan
Sekiranya anda ingin mengubah suai sistem brek kereta pastikan mendapat kebenaran bertulis Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana menjadi kesalahan dan syarikat insuran kita melindungi anda sekiranya kemalangan berlaku. la disebabkan sistem brek dan sistem brek anda ditukar tanpa kebenaran JPJ.

Semasa memandu elakkan kaki sentiasa berada atas pemijak brek. Ini boleh menjimatkan penggunaan pelapik brek.

Ketika menuruni bukit curam jangan gunakan brek, sebaliknya gunakan gear rendah untuk mengawal kelajuan kereta anda.

Ketika menambah minyak brek, pastikan spesifikasinya betul. Dot 3 untuk kegunaan biasa untuk kereta yang mempunyai cakera depan dan dram belakang. Dot 4 untuk kereta mempunyai sistem empat roda cakera dan kereta berkuasa tinggi.

No comments: