Pages

Monday, November 23, 2009

Agama: Jodoh boleh ditolak

Jodoh boleh ditolak

SOALAN

SEBELUM orang tua meninggal, dia ada berpesan kepada saya untuk menjaga seseorang yang dia rasakan sangat sesuai untuk dijadikan calon pasangan anaknya. Jika anak itu melanggar amanah itu adakah dia dikira derhaka kepada orang tuanya?

Ini kerana anaknya tidak suka pasangan pilihan orang tuanya, kerana khuatir akan menyeksa hati dan perasaan pasangannya kelak apabila sudah bernikah.

Boleh doktor terangkan serba sedikit mengenai amanah seperti ini, kerana kadangkala boleh menyebabkan jiwa seseorang anak itu dalam keadaan serba salah disebabkan tidak suka pilihan orang tuanya.

Jika dia sudah mempunyai pilihan sendiri adakah dia boleh melepaskan amanah orang tuanya untuk tidak menjaga atau mengahwini calon pilihan orang tuanya?

Sekiranya dia berusaha untuk mencintai pilihan calon orang tuanya namun tidak berjaya juga dan dia tetap tidak mempunyai hati terhadap calon pasangannya apakah yang harus dilakukan?

ZACK,
Selangor

JAWAPAN
ANDA sudah menjalankan tanggungjawab menjaga amanah seorang tua, iaitu menjaga seseorang yang dirasakan sesuai untuk dijadikan calon pasangan anaknya. Persoalan timbul apabila anaknya tidak menyukai wanita terbabit.

Saya berpendapat anak terbabit tidak melanggar pesanan orang tuanya. Ini kerana wanita itu hanya sebagai calon dan tidak lebih daripada itu.

Anak lelaki itu tidak boleh dipaksa menerima wanita terbabit sebagai isteri. Paksaan supaya menerima calon terbabit hanya mendatangkan keburukan kepada anak lelaki berkenaan dan wanita itu sendiri.

Adalah lebih baik untuk tidak meneruskan hasrat untuk menjodohkan mereka berdua. Ia tidak sekali-kali melanggar amanah yang dibuat lelaki terbabit kepada anda.

No comments: