Pages

Thursday, November 12, 2009

Pengebumian Jacko RM3.6 juta

LOS ANGELES 11 Nov. - Majlis pengebumian persendirian oleh keluarga Micheal Jackson untuk ikon pop itu menyamai sebuah upacara pengebumian untuk seorang raja dan perbelanjaannya dikatakan mencecah hampir AS$1 juta (RM3.6 juta).

Dokumen Mahkamah yang disiarkan semalam menunjukkan bahawa ibu, abangnya Randy dan kakaknya Janet terlibat dan menjadi tulang belakang dalam majlis pengebumian persendirian secara besar-besaran yang meraih tumpuan pelbagai media pada 3 September lalu.

Peguam ibu Jackson membuat permohonan kepada pentadbir kawasan sebelum diluluskan dan membayar sebanyak AS$1 juta sebagai kos bagi upacara bunga-bungaan, kereta, kawalan keselamatan dan makan malam selepas majlis pengebumian.

Upacara persendirian untuk Raja Pop itu telah diadakan di Taman Peringatan Forest Lawn di Glendale, California, beberapa minggu selepas upacara pengebumian peringatan kepada orang ramai untuk penyanyi itu diadakan di Staples Center.

No comments: