Pages

Wednesday, January 13, 2010

Panas: Juara Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu 24 TV3 Hina Islam

Oleh Pahangdaily

Apa sudah jadi dengan negara Islam Malaysia Hadhari ini agaknya. Dalam masa rakyat sedang sibuk memperkatakan tentang khalimah Allah tiba-tiba kita disaksikan pula dengan satu adengan peluk cium yang sungguh memualkan. Kami tidak sempat untuk menyaksikan adengan tersebut sebenarnya. Namun, daripada laporan yang disampaikan dan email yang diterima mengatakan mereka amat terkejut dengan tindakan artis yang bernama Black.

mencium kedua-dua pipi kiri dan kanan artis dangdut "Mas Idayu" selepas diumumkan sebagai pemenang kategori Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu 24 terbitan TV3 baru-baru ini. Beliau yang membawa lagu Aku Rindu Sayang Kamu, berbuat demikian dengan disaksikan oleh jutaan rakyat Malaysia yang menyaksikan rancangan itu secara langsung. Sebelum ini memang sudah banyak kami menerima maklumat tentang sikap kedua-dua artis ini sebenarnya. Untuk makluman, Black adalah merupakan Juara Bintang Realiti TV "Mentor" yang turut disiarkan oleh stesyen TV swasta itu sebelum ini. Manakala Mas Idayu adalah Mentor kepada penyanyi berkenaan. Telah banyak disaksikan adengan panas yang melibatkan kedua-dua artis berkenaan, namun semuanya bagai dilupakan seolah-olah negara ini bukannya sebuah negara Islam. Ramai yang melihat perkara itu adalah biasa bagi seseorang artis. Ini kerana mereka telah dididik dengan budaya Sekular UMNO yang sukakan hiburan, sedangkan program agama mereka pinggirkan. Jika dibiarkan berterusan maka sudah pasti akan rosak generasi Islam di Malaysia pada masa akan datang.

http://pahangdaily.blogspot.com/2010/01/panas-juara-vokal-terbaik-anugerah.html

1 comment:

Anonymous said...

Apa kena mengena dengan UMNO.Allah marah kat akhirat baru tahu.