Pages

Wednesday, January 20, 2010

Agama : Soalan agama

1) macamana caranya saya nak membawa naskah Al-Quran yang dibeli di kedai sedangkan saya tengah berhadas.

2) semasa dalam solat, saya agak sukar melafaz bacaan-bacaan solat, lidah terasa keras, sedangkan di luar solat saya boleh membaca dengan lancar. tolong bagi pandangan.

Jawapan

1. Sebaikknya hendaklah pergi mengambil wuduk sebelum ke kedai membeli Quran. Jika tiada dapat maka hendaklah diletakkan Quran tersebut didalam bag yg ada didalamnya barangan lain dengan tiada diqasadkan membawa Quran.

Dalam masa meletakkan ke dalam bag dan membawa masuk ke rumah tidak harus di pegang Quran tersebut.

2. Jika terjadi demikian bukan dengan disengajakan maka sahlah solat saudara tetapi tidak boleh menjadi imam jika para makmum dapat menyebut dengan betul huruf2 al-Quran.

Ustaz Azhar Idrus.

No comments: