Pages

Thursday, January 21, 2010

Agama: Nabi dituduh kaki perempuan

Salam Ustaz,

Saya pernah bekerja dengan orang kristian di tempat saya. Dan dia mengeluarkan beberapa soalan yang menyentuh perihal kenabian Nabi Muhammad saw yang tak dapat saya jelaskan. Dia kata kepada saya bahawa nabi junjungan besar adalah kaki perempuan dengan menyatakan baginda kahwin sampai 11 org, dan bernikah dengan Saidatina Aishah pada umurnya baru berusia 9 tahun. Macam mana nak patahkan hujah fitnah mengatakan Rasulullah SAW adalah seperti itu? tengkiu..

w.salam

Tuduhan musuh2 Islam yang mengatakan Nabi saw bernikah ramai itu menunjukkan baginda seorang kaki perempuan adalah jauh dari kebenaran dan menyalahi fakta.

Jika baginda kaki perempuan kenapa baginda berkahwin dengan perempuan2 yang telah berumur yang jauh lebih tua dari baginda? Bukankah baginda sebagai pemimpin paling besar di negeri Mekah, kenapa baginda tidak berkahwin dengan perempuan2 muda?

Seorang pemimpin yang mempunyai begitu ramai pengikut sangat mudah untuk mendapatkan perempuan2 muda sebagai isteri. Kenapa Nabi saw tidak melakukannya?

Siti Khadijah berkahwin dengan Nabi saw ketika Nabi saw berumur 25 tahun dan Siti Khadijah telah berumur 40 tahun.

Bukan saja isteri2 Nabi itu adalah dari kalangan perempuan2 yang telah tua bahkan mempunya anak2 yang ramai pulak kerana mereka adalah janda2 yang telah bercerai atau kematian suami.

Hanya Siti Aisyah r.a.seorang sahaja isteri Nabi saw dari kalangan anak dara. Tujuan perkahwinan dengan Siti Aisyah adalah untuk menyatakn bahawa harus berkahwin dengan dengan perempuan yang belum baligh. Itupun sebab Abu Bakar r.a. sendiri yang meminang Nabi saw bukan Nabi saw yang hendak bernikah dengan Aisyah.

Jadi seorang kaki perempuan sebenarnya akan mencari perempuan2 muda dan cantik yang masih dara untuk dijadikan isteri bukannya bernikah dengan perempuan2 janda yang telah tua pada hal Nabi saw menggalakkan umatnya supaya bernikah dengan anak dara tetapi beliau sendiri bernikah dengan perempuan yang telah menjadi janda.

Wallahua'lam

Ustaz Azhar idrus

No comments: