Pages

Tuesday, January 12, 2010

Agama; Soaljawab agama

ustaz Azhar idrus menjawab

Ditulis oleh PintuGuaZ
Friday, 11 December 2009

1. Kalau seseorang berjunub dan tidak mandi junub selepas itu..kemudian keesokkan nya dia melakukan judub lagi, soalan saya perlukah dia mandi junub 2 kali kerana dia belum mandi wajib semasa berjudub sebelum itu.

2. Apakah hukum mengelurkan mani dengan sengaja?

Jawapan :

1. Tidak wajib mandi hadas dua kali kerana memadai dengan sekali mandi sahaja sekalipun berlaku hadas beberapa kali.

2. Haram lelaki mengeluarkan maninya dengan sengaja dan berdosa.

wallahua'lam


memakai baju carlsberg

Ditulis oleh fitriyusof
Wednesday, 09 December 2009

assalamualaikum ustaz, seorang rakan saya mempunyai baju berlambang carlsberg dan memakainya. ada sahabat2 saya yang mengatakan haram memakainya,bolehkah saya tahu apakah hujah2 jika hukum memakai pakaian itu adalah haram?

terima kasih.jazakallah

Jawapan :

Haram memakai atau mengiklankan apa saja syiar2 yang haram disi syarak.

Carlsberg adalah jenama arak yg haram dengan ijmak ulamak.

Maka apa saja yang haram jadi haram pula kita iklankan sepertimana zina itu haram maka haram kita iklankan perbuatan zina.

Judi juga haram maka haram kita pakai baju yang ada logo atau nama syarikat judi kerana itu dikira redha dgn benda yg haram sekalipun dengan alasan hati kita tidak redha cuma pakai utk suka2.

Kalau orang pakai baju yg tertulis benda2 yg aib tentang diri kita adakh kita suka?

Begitu jugalah Allah swt tidak suka kita memakai suatu yang mengaibkan agama Islam dan umat Islam.

wallahua'lam

No comments: