Pages

Thursday, January 21, 2010

Nenek ditemui hidup - Selepas seminggu terperangkap di celah runtuhan


PORT-AU-PRINCE - Seorang wanita warga emas, Ena Zizi antara empat mangsa yang masih hidup dan berjaya diselamatkan kelmarin setelah dia terperangkas dalam runtuhan sebuah bangunan selama seminggu akibat gempa yang melanda Haiti pada 12 Januari lalu.

Nenek berusia 69 tahun itu ditemui terperangkap di sebuah gereja Roman Katholik di sini oleh pasukan penyelamat Mexico namun paderi Joseph Serge Miot yang berada dekat dengan wanita tersebut ketika gempa pada minggu lalu ditemui terbunuh.

Zizi berkata, sewaktu bencana, dia menghadiri satu pertemuan keagamaan di kediaman biskop Haiti di gereja tersebut dan semasa tertimbus, wanita itu menghabiskan masa dengan berdoa dan menunggu untuk diselamatkan.

"Saya bercakap kepada tuan saya, iaitu tuhan dan berkata, saya tidak memerlukan lagi manusia," katanya yang sempat bercakap dengan seorang paderi di bawah runtuhan sebelum lelaki itu akhirnya senyap menandakan dia meninggal dunia.

Doktor yang memeriksa Zizi mendapati mangsa itu mengalami nyahhidrat selain patah kaki dan terkehel pinggul manakala pasukan penyelamat bertepuk tangan sambil bersorak semasa melihat wanita itu dibawa keluar dari runtuhan.

Dua wanita lain berjaya diselamatkan dari sebuah bangunan universiti yang musnah dan menjelang tengah malam kelmarin, seorang wanita, Lozama Hotteline, 26, antara mangsa terbaru masih hidup dan berjaya dibawa keluar.

No comments: