Pages

Thursday, February 25, 2010

Luar Negara; Mustafa Kemal Atatürk

Presiden Turki yang Pertama

Oktober 29, 1923 – November 10, 1938

Tarikh lahir Mac 12, 1881
Tempat lahir Selânik (Thessaloniki)
Meninggal November 10, 1938
Istana Dolmabahçe, Istanbul
Kerakyatan Turkish
Parti politik Parti Republikan Rakyat Turki



Mustafa Kemal Atatürk (12 Mac 1881 - 10 November 1938) atau nama penuh Gazi Mustafa Kemal Pasha adalah pengasas Republik Turki. Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi dan presiden Turki yang pertama.

Beliau membuktikan diri beliau sebagai komander tentera yang berjaya ketika berkhidmat dalam Pertempuran Gallipoli pada Perang Dunia Pertama. Setelah kekalahan Empayar Uthmaniyyah di tangan Tentara Bersekutu, terdapat rancangan oleh Tentera Bersekutu untuk memecahkan negara Turki. Mustafa Kemal kemudiannya memimpin gerakan nasional Turki dalam apa yang kemudiannya menjadi Perang Kemerdekaan Turki.

Setelah kejayaan dalam Perang Kemerdekaan Turki dan dipilih sebagai Presiden Turki yang pertama, beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara. Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar bersesuaian dengan tuntutan semasa yang dikenali sebagai ideologi "Kemalisme". Ideologi ini bertujuan untuk menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular, positif dan bertindak rasional. Beliau memerintah dari tahun 1918 sehingga tahun 1934. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan dikebumikan di Ankara.

No comments: