Pages

Thursday, December 24, 2009

Kesihatan: Masalah pernafasan punca dengkur

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar SHAIFUDDIN MOHD. NOOR

TIDUR berdengkur kebiasaannya dikaitkan dengan kaum lelaki lebih-lebih lagi jika seseorang itu memiliki tubuh yang gemuk. Penyebab lain yang dikatakan mengenai seseorang yang berdengkur ialah terlalu penat, terlalu kenyang atau mengalami masalah pernafasan.

Bagaimanapun ini tidak seratus peratus benar kerana terdapat juga orang yang tidak gemuk yang tidur berdengkur.
KLIK SINI

kesihatan: Dengkuran mengganggu tidur

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar WAHIDAH ZAINAL

Dr. Amir Izwan Mohamed Dahan

SETIAP hari Sarah ke pejabat dengan wajah yang letih, mata sembap dan kuyu, muka yang masam mencuka dan sering menguap walaupun baru pukul 9 pagi.

Bila ditanya teman sepejabat, katanya, setiap malam dia tidak dapat tidur nyenyak kerana suaminya berdengkur. Baru hendak melelapkan mata, anak kecilnya pula menangis kerana hendak menyusu. Sudahnya sampai ke pagi dia tidak dapat tidur. Fikirnya dalam hati, bilalah agaknya dia dapat tidur nyenyak.

Sarah tidak tahu apa yang harus dilakukan bagi menghentikan dengkuran suaminya. Takkanlah hendak tidur dalam bilik berasingan pula. Lambat-laun mungkin akan menjejaskan rumahtangganya pula.
KLIK SINI

Tuesday, December 22, 2009

Agama: Ilmu melalui mimpi perlu ditapis

Dr Abdul Salam Muhammad Shukri

SAYA berusia 21 tahun. Pelbagai masalah saya hadapi sejak empat tahun kebelakangan ini.

Saya mempunyai ilmu dan hingga kini masih keliru dengan diri saya. Saya mendapat ilmu dalam mimpi saya yang dialami tiga hari berturut-turut.

Dalam mimpi itu, saya bertemu dengan seorang lelaki tua lengkap berpakaian seperti seorang pendakwah. Lelaki itu datang kepada saya dan menyuruh saya sentiasa mengamalkan ayat tiga ‘Qul.’ Saya mengamalkan setiap hari sehinggalah lelaki itu datang bertemu semula dengan saya dan memberitahu saya akan dapat satu ilmu untuk menolong keluarga dan membantu orang lain.

Bolehkah saya mengubati orang dengan menggunakan kelebihan zikir asma ul-husna?

INSAN KELIRU

Pahang

SEBAGAI panduan, boleh dikatakan bahawa setiap ilmu ghaib termasuk ilmu yang diperoleh daripada mimpi perlu ditapis menerusi batas syariah. Sekiranya ia tidak bertentangan dengan syariah, ia boleh diamalkan.

Begitu juga mimpi yang anda dapat supaya mengamal bacaan tiga ‘Qul’ iaitu surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas diterima secara umum dalam Islam.

Menggunakan kelebihan asma al-husna juga diterima. Begitu juga menggunakan doa daripada ayat tertentu dalam al-Quran, doa dan asma al-husna dibenarkan Islam terutama dalam melawan penyakit hati, rohani dan rasukan jin.

Ini diterima sebagai salah satu cara rawatan penyakit. Anda boleh mengamalkannya dengan niat membantu orang yang sakit menurut kemampuan yang ada.

Bagaimanapun, kita juga tidak boleh menafikan rawatan secara klinikal seperti perubatan moden sekarang kerana Islam membenarkannya.

Agama:Tidak tahu makanan dimasak bersama alkohol

Dr Abdul Salam Muhammad Shukri

ADAKAH berdosa jika makan makanan yang dimasukkan sebarang alkohol dalam masakan sedangkan kita tidak mengetahuinya?

EEFA, JOHOR

MAKANAN yang Islam benarkan ialah makanan yang halal lagi baik. Allah berfirman "Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.". (Surah al-Baqarah ayat 168).

Makanan halal adalah makanan yang tidak diharamkan Allah. Antara yang di haramkan ialah bangkai, darah, babi sebagaimana firman-Nya: "Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah (yang keluar mengalir), daging babi (termasuk semuanya) ..." (Surah al-Maidah ayat 3).

Makanan yang baik ialah yang tidak membawa mudarat kepada badan dan akal termasuk yang bercampur dengan yang haram, najis, terkena najis, dan buruk dan jelek (khabith).

Apabila memakan makanan haram secara sengaja tanpa dalam keadaan darurat, ia dikirakan berdosa. Makan secara tidak sengaja termasuk tidak mengetahui perkara yang sebenar dan dalam keadaan darurat tidak berdosa. Allah berfirman: "Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah, maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak menginginkannya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Baqarah ayat 173).

Monday, December 21, 2009

Agama:Bertandang rumah adik-beradik bukan Islam

Dr Abdul Salam Muhammad Shukri

BOLEHKAH seorang Muslim bertandang ke rumah adik-beradiknya yang bukan Islam atas alasan ingin melawat dan menziarah, malah makan makanan yang dihidangkan dan menumpang tidur di rumah mereka?

Adakah batas tertentu jika seorang Muslim bertandang ke rumah bukan Islam?

AIDA

Kuala Lumpur

ISLAM membenarkan seorang Muslim bertandang ke rumah keluarga bukan Islam sama ada lawatan biasa atau hal tertentu. Begitu juga memakan makanan yang dihidangkan asalkan ia halal dan baik dan menumpang tidur di rumah mereka.

Dalam hal ini Allah s.w.t berfirman yang bermaksud : "Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu) dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman serta mereka membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang yang zalim." (al-Quran, al-Mumtahanah ayat 8-9).

Bagi menjaga maruah dan identiti seorang Muslim, batas berikut hendaklah diambil perhatian, antaranya

(1) Menjaga aurat antara Islam dan bukan Islam. Aurat Muslimah dengan bukan Islam sama dengan aurat lelaki bukan mahram.

(2) Hanya makan makanan halal dan baik.

(3) Tidak melakukan upacara keagamaan bukan Islam dan tidak menyertai perayaan mereka.

4) Mengelak daripada mengunjungi mereka jika memusuhi Islam. Ini kerana dikhuatiri kita mengkhianati umat Islam dengan menyampaikan rahsia orang Islam kepada musuh Islam.

Agama: Harus lakukan implan gigi

Dr Abdul Salam Muhammad Shukri

ADA yang mengatakan boleh melakukan implan gigi (tanam gigi) dan tidak perlu buang gigi berkenaan apabila kita meninggal dunia. Apa hukumnya?

NOOR

Gombak

HUKUM melakukan implan gigi, iaitu menanam dengan gigi buatan atas sebab tertentu adalah harus. Seorang Muslim dibenarkan berbuat demikian sama ada secara kekal atau sementara. Apabila seseorang itu meninggal dunia, implan gigi tidak perlu dibuang. Terdapat hadis apabila Rasulullah s.a.w membenarkan sahabatnya menggunakan hidung palsu apabila hidungnya terpotong (lihat fatwa, "Permanent implanting of artificial teeth," http://www.islam-qa.com/en/ref/98519).

Agama: Harus lakukan implan gigi

Dr Abdul Salam Muhammad Shukri

ADA yang mengatakan boleh melakukan implan gigi (tanam gigi) dan tidak perlu buang gigi berkenaan apabila kita meninggal dunia. Apa hukumnya?

NOOR

Gombak

HUKUM melakukan implan gigi, iaitu menanam dengan gigi buatan atas sebab tertentu adalah harus. Seorang Muslim dibenarkan berbuat demikian sama ada secara kekal atau sementara. Apabila seseorang itu meninggal dunia, implan gigi tidak perlu dibuang. Terdapat hadis apabila Rasulullah s.a.w membenarkan sahabatnya menggunakan hidung palsu apabila hidungnya terpotong (lihat fatwa, "Permanent implanting of artificial teeth," http://www.islam-qa.com/en/ref/98519).

Kesihatan:Al Quran dan Sains...siri MADU

"Dalam sejarah Islam fakta Madu yang amat popular dirakam di dalam Al-Quran [16] Surah An-Nahl [Ayat 69] melalui perintah Allah Subhanahu Wata'ala kepada lebah;

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutilah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkanNya kepadamu. “Dengan itu keluarlah dari badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada
yang demikian itu ada tanda (membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.

a. Penyembuh Yang Mujarab

“Ambillah, pergunakanlah olehmu sekalian akan dua penyembuh iaitu Madu dan Al-Quran”- Riwayat Ibnu Majah

Kita perlu mengambil Madu setiap hari untuk kekal sihat kerana ia bukan sekadar membekalkan banyak zat malah juga didapati boleh meningkatkan tenaga, merangsang dan memperbaiki aliran darah.

b. Kuasa Mencerdaskan Otak

Madu juga kaya dengan fruktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk memberi tenaga segera. Tidak hairanlah para penyelidik menggelar Madu sebagai agen untuk mencerdaskan otak kerana apabila aliran darah lancar, lebih banyak oksigen dapat dibawa ke otak.

c. Antioksida & Menghenti Serangan Bakteria

Sungguh menarik, Madu boleh menjadi antibiotik dan antiseptik bagi melawan jangkitan bakteria samada dalaman dan luaran. Kajian penyelidik Universiti Wales mendapati bahawa Madu boleh menghentikan aktiviti bakteria yang menyerang luka dan menghalang jangkitan daripda terus merebak. Benarlah seperti pesan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam;

Dari Abu Hurairah, kata beliau: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: “Barangsiapa yang menjilat Madu sebanyak tiga kali pagi setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar.”

Secara umumnya setiap titis Madu mengandungi:
Vitamin - A, B1, B2, B3, C, D, E dan K. Garam Galian - Kalsium, Fosforus, Sulfur, Zat Besi, Karbon, Magnesium, Natrium, Kalium, Klorin, Iodin, Kuprum, Mangan, Silika. Beta Karoten. Gula - Glukosa, Fruktosa dan Sakarin.

Antara manfaat Madu yang lain ialah:

Membekalkan tenaga segera, Gula dalam Madu mudah dihadam dan sebagai sumber dan memulihkan tenaga.

Membantu melawaskan sistem pencernaan
Membantu buah pinggang berfungsi dengan lebih baik
Mencergaskan dan menenangkan fikiran disebabkan banyak oksigen dibawa ke otak.
Mengurangkan kesakitan kulit terbakar
Mengurangkan parut
Merangsang pertumbuhan sel baru dan mempercepatkan penyembuhan luka.

Saturday, December 19, 2009

Luar Negara:Cebisan bangunan Cleopatra dikeluarkan

ISKANDARIAH 18 Dis. - Pakar arkeologi semalam mengeluarkan satu struktur kuil purba seberat sembilan tan daripada perairan laut Mediterranean, yang merupakan sebahagian binaan kompleks istana legenda Cleopatra sebelum ia tenggelam selama berkurun-kurun di pelabuhan Iskandariah.

Struktur itu yang merupakan sebahagian daripada pintu masuk ke kuil Isis, bakal dijadikan hiasan tengah untuk sebuah muzium istimewa bawah laut yang akan dibina Mesir bagi mempamerkan kota yang telah tenggelam itu, dipercayai runtuh ke laut oleh gegaran gempa bumi pada kurun keempat.

Para penyelam dan pakar arkeologi laut menggunakan sebuah kren pengangkut gergasi dan tali untuk mengangkat binaan seberat sembilan tan dan setinggi 2.3 meter yang dipenuhi kotoran dan rumpai laut itu daripada air. Ia diletakkan di darat sambil diperhatikan pakar arkeologi terkemuka Mesir, Zahi Hawass dan pegawai-pegawai lain.

Struktur tersebut merupakan sebahagian istana semasa Dinasti Ptolemaic memerintah Mesir dan ketika Ratu Cleopatra memikat Jeneral Romania, Marc Antony, sebelum kedua-duanya membunuh diri selepas tewas di tangan Augustus Caesar.

Kuil itu yang ditujukan khas kepada Isis, dewi kesuburan dan ajaib, dijangka berusia sekurang-kurangnya 2,050 tahun, namun pakar arkeologi percaya, usianya lebih daripada itu.

Struktur yang ditemui itu dipotong daripada seketul batu granit merah tebal yang diperolehi daripada kuari Aswan, kira-kira 1,100 kilometer di selatan.

"Pendewaan terhadap Isis begitu kuat, tidak hairanlah Cleopatra memilih untuk membina tempat tinggalnya bersebelahan kuil tersebut,'' kata pakar arkeologi geografi, Jean-Daniel Stanley dari Muzium Kebangsaan Smithsonian dan Sejarah Semula Jadi.

Pihak berkuasa Mesir berharap, struktur binaan itu akan menjadi sebahagian bahan pameran di muzium bawah laut, sebagai satu tarikan istimewa bagi mendorong kedatangan pengunjung ke bahagian pantai utara negara itu yang sering dibayangi kuil purba Luxor di selatan, piramid Giza di luar Kaherah dan pantai Laut Merah. - AP

Luar Negara: Khieu Samphan didakwa lagi

PHNOM PENH 18 Dis. - Mahkamah jenayah perang Kemboja hari ini mendakwa bekas pemimpin Khmer Rouge, Khieu Samphan atas tuduhan melakukan penghapusan kaum terhadap orang-orang Vietnam dan etnik Cham yang beragama Islam.

Samphan, 78, sebelum ini telah didakwa atas jenayah perang dan jenayah kemanusiaan atas peranannya ketika rejim komunis yang membunuh dua juta rakyat Kemboja dalam pemerintahan selama empat tahun.

"Hari ini Samphan dihadapkan ke mahkamah dan dimaklumkan mengenai pendakwaan ke atasnya telah ditambah termasuk pembunuhan beramai-ramai ke atas etnik Cham dan Vietnam," kata jurucakap mahkamah, Lars Olsen kepada pemberita.

Tribunal dengan sokongan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu mengenakan dakwaan penghapusan kaum buat kali pertama minggu ini, ke atas dua orang bekas pemimpin lain rejim ganas itu iaitu bekas orang nombor dua Khmer Rouge, Nuon Chea dan Menteri Luar, Ieng Sary.

Bulan lalu, mahkamah mengumumkan yang ia akan menyiasat pencerobohan ke atas Vietnam serta pembunuhan kaum minoriti Cham dari 1975 hingga 1979.

Hakim siasatan mahkamah itu juga telah menerima dakwaan domestik jenayah, penyeksaan dan pencabulan agama ke atas Samphan.

Anggaran jumlah etnik Cham yang mati ditangan Khmer Rouge adalah antara 100,000 hingga 400,000 orang namun jumlah orang Vietnam yang dibunuh tidak dapat dipastikan, demikian menurut pengarah Pusat Dokumentasi Kemboja, Youk Chhang. - AFP

Komputer: Malware dalang kerosakan sistem komputer di Malaysia

KUALA LUMPUR 18 Dis. - Kira-kira 70.8 peratus daripada semua komputer yang mengalami kerosakan sistem di Malaysia pada separuh pertama 2009 adalah disebabkan oleh malware, demikian menurut kajian firma perisian, Microsoft Corp.

Jumlah komputer yang dijangkiti meningkat begitu ketara berbanding 57.4 peratus pada separuh kedua 2008, kata Ketua Keselamatan dan Persendirian Serantau Asia Pasifik Microsoft, Jacqueline Peterson-Jarvis pada taklimat media di sini.

Malware ialah perisian yang boleh diguna oleh penjenayah siber untuk mencuri akaun dan maklumat bank, mengesan segala apa yang ditaip oleh pengguna komputer, menghantar perisian berniat jahat atau spam dan merosakkan komputer.

Laporan Perisik Keselamatan Microsoft mendapati kategori malware yang paling banyak terdapat di Malaysia ialah cecacing yang menyumbang 39.5 peratus daripada kesemua komputer yang dijangkiti.

Sejumlah 32,387 komputer dijangkiti cecacing semasa separuh pertama 2009, 2,379 komputer oleh spyware dan 1,272 komputer oleh virus.

Laporan itu mendapati jangkitan cecacing dalam ruang perniagaan meningkat hampir 100 peratus semasa separuh pertama 2009 berbanding enam bulan sebelumnya di seluruh dunia.

Conficker merupakan cecacing paling banyak dikesan bagi perniagaan kerana cara ia membiak lebih efektif di persekitaran jaringan dalam lingkungan firewall.

Peterson-Jarvis berkata, bagi separuh pertama tahun ini, produk dan perkhidmatan Microsoft telah menyingkir malware daripada lebih 13 juta komputer di seluruh dunia.

"Internet Explorer 8 meningkatkan keyakinan pelanggan dalam talian dengan menyediakan peningkatan keupayaan mengawal dan melindungi data mereka.

"Ia satu pendekatan keselamatan dan persendirian dari awal hingga akhir yang memberi fokus pada kejuruteraan sosial, pertahanan baharu serangan terhadap pelayan laman, dan kemajuan tambahan mempertahankan eksploitasi terhadap pangkalan penyemak pengimbas," katanya.

Dilancarkan pada Mac tahun ini, Internet Explorer 8 mengandungi SmartScreen Filter baharu yang melindungi komputer dengan lebih baik dan memberi amaran apabila pengguna cuba melihat laman web atau turun muat fail yang berkemungkinan tidak selamat.

"Ia berupaya menyekat dua hingga empat kali laman berniat jahat seperti penyemak lain di pasaran hari ini," kata Peterson-Jarvis.

Agama:Rahsia Pemakanan Genius Islam

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri.

Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori

http://dmptapah.blogspot.com

Friday, December 18, 2009

Umum: Panduan beli buah durian yang baik

tips cara bagaimana untuk memilih atau membeli buah durian yang baik.

Tengok luaran atau kulit durian

Pastikan anda belek-belek dan perhati betul-betul kulit durian sebelum beli. Jangan pilih kulit yang ada kesan gigitan tupai atau binatan lain. Jangan pilih buah yang kulitnya ada tompokan hitam (sebab itu tanda ia dah busuk). Jangan pilih durian yang dah merekah atau terbelah sebab itu durian yang dah lama gugur. Dan jangan pilih buah durian yang kulitnya ada kecacatan atau mempunyai bentuk yang kemek tak sempurna.

Berhati-hati, kadang-kadang ada penjual yang cover tompokan hitam yang busuk dengan daun-daun. Walaupun orang kata, ‘Don’t judge a book by its cover’. Tapi dalam hal memilih buah durian, pilihlah buah yang cantik luaran atau kulitnya. InsyaAllah kalau cantik kulit, maka isi nya berkemungkinan besar akan cantik juga.

Tengok duri buah durian

Cari buah yang berduri tumpul dan jarang. Duri sebenarnya melambangkan bagaimana isi buahnya. Kalau orang berpengalaman, dia siap boleh tahu berapa kandungan isi buah durian, dengan hanya melihat durinya sahaja.

Cuba rasa berat buah durian

Cuba angkat buah yang ingin dibeli, kalau ianya dirasakan terlalu ringan dibandingkan dengan saiznya, mungkin itu durian yang dah lama dan nak kecut. Cari durian yang mampat dan dirasakan beratnya sepadan dengan saiznya.

Cuba cium bau buah durian

Cuba anda cium buah durian tu. Cium bau dia. Adakah baunya harum, menyengat atau kurang baunya? Selalunya kalau durian yang cukup matang dan sedap, baunya pasti harum semerbak dan rasa begitu menyelerakan. Sedangkan yang kurang baunya tu, mungkin durian tu tak cukup masak atau baru nak masak. Dan kalau yang bau menyengat atau yang bau ala-ala tempoyak tu, maknanya durian tu durian yang dah busuk laa. So jangan la dibeli durian yang ada bau yang tidak menyelerakan. Dan lagi satu, berhati-hati lah semasa mencium durian. Nanti tak pasal-pasal coreng hidung anda sebab terluka kena duri durian. huhu

Tengok tangkai buah durian

Cuba perhatikan tangkai buah durian yang anda ingin beli. Kalau tangkai tu kecut semacam jer tu, mungkin buah tu buah yang lama. Kalau boleh, cebis sikit tangkai tu dengan kuku, cuba lihat kalau ianya berlendir dan berwarna hijau, maka durian tu adalah durian yang fresh dan baru gugur beberapa jam yang lalu. Kalau tangkai tu berwarna coklat, kecut dan kering semacam jer, maka itu berkemungkinan besar adalah buah yang dah lama gugur, mungkin dah gugur 3 empat hari.
Dan lagi satu, pakcik saya kata, ada juga buah durian yang tangkainya jenis liat dan teguh. Biasanya buah durian yang bertangkai tahan lasak dan liat ini, isi buahnya memang lebih sedap dan manis daripada biasa.

Belah dan rasa dulu.

Cara ini paling senang, paling selamat dan paling pasti. Ini adalah jalan penyelesaian paling baik daripada terbeli durian yang dah busuk atau durian muda. Suruh saja tokey belahkan durian yang ingin dibeli, ambil seulas dan cuba makan di situ sebelum beli. Kalau puas hati, beli lah. Kalau tak OK, komplen la pada tokey kata durian tu tak bagus, busuk atau apa saja. Yang penting, pastikan anda puas hati dulu baru beli.

Tak pun, anda suruh tokey belah sikit buah durian yang ingin dibeli. Bila dah belah, cebis sikit isi durian dan rasai lah sendiri sedap ker tak sedap. Kalau sedap, beli lah. Kalau tak, cari buah lain.

Tapi awas. Ada juga tokey yang kedekut dan berkira. Dia hanya akan belah setelah kita bayar dulu duit. Pastu dia belah. Tapi tak apalah, kalau dia suruh bayar dulu, bayar sajalah. Pastu suruh dia belah depan mata kita, kemudian rasa la seulas dua buah yang dibelah tu. Kalau OK, bolehlah bungkus bawak balik rumah. Kalau tak OK, komplen la pada tokey.

Apa2pun, yang penting, pastikan diri kita puas hati dulu, baru beli. Kalau tak, sia-sia saja kita bayar mahal-mahal. Tapi bila bawa balik rumah, rupanya durian yang dibeli tu dah busuk, berulat dan tak boleh dimakan. Haaa kalau dah terkena macam tu, baru nak menyesal dan menyumpah seranah tokey buah tu pun apa guna.

Jadi, beringatlah sebelum terkena. Pilihlah buah yang benar-benar sebelum membeli. Ingat, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian apa gunanya. Kan kan?

Sekian, selamat makan durian.

Luar Negara: 50 jarum dalam badan angkara sihir

RIO DE JANEIRO 17 Dis. - Seorang budak berusia dua tahun yang menderita kerana terdapat 50 jarum di dalam badannya rupa-rupanya adalah mangsa ritual 'sihir' yang dilakukan bapa tirinya.

Ketua polis yang menjalankan siasatan, Helder Fernandes Santana berkata, bapa tiri budak lelaki itu, Roberto Carlos Magalhaes, menangis dan mengaku melakukan perkara mengejutkan itu selepas ditahan awal semalam.

"Dia melakukannya kerana membalas dendam untuk mendapatkan kembali isterinya. Perempuan simpanan lelaki itu memintanya membunuh kanak-kanak itu melalui satu upacara mengerikan," jelas Santana dalam wawancara melalui telefon dari bandar Ibotirama, Bahia di timur laut Brazil.

Budak itu yang tidak boleh didedahkan namanya kerana usianya yang muda, kini masih dirawat di unit rawatan rapi di sebuah hospital di bandar Barreiras, selepas dimasukkan hujung minggu lalu apabila dia muntah-muntah dan mengadu sakit perut.

Imbasan sinar-X menunjukkan kira-kira 50 jarum jahit berada di dalam badannya termasuk tengkuk, badan dan kaki.

Pasukan doktor yang merawat budak lelaki itu berkata, mereka tahu jarum-jarum itu bukan ditelan tetapi dicucuk dengan sengaja satu demi satu.

"Dia masih sedar tetapi berada dalam keadaan serius. Satu jarum menembusi paru-paru dan dia menjadi lemah sekarang ini. Kami telah mengeringkan kawasan itu dan memberikannya drip," kata jurucakap hospital, Kelly Bessa kepada pemberita.

Tambahnya, doktor sedang memutuskan sama ada selamat atau tidak untuk membedahnya bagi 'mengeluarkan jarum di organ-organ penting - namun ia mungkin lebih bahaya daripada meninggalkannya begitu saja'.

Ibu budak lelaki itu, Maria Souza Santos, 38, memberitahu akhbar A Tarde de Salvador de Bahia yang anaknya mungkin menjadi mangsa sihir.

Katanya, dia menemui sebotol cachaca, arak Brazil yang dibuat dari tebu dan objek yang digunakan untuk upacara sihir di rumah yang diduduki dengan enam anaknya, ibunya dan suaminya selama enam bulan.

Souza Santos bekerja sebagai pembantu rumah sementara Magalhaes adalah nelayan dan buruh kasar. - AFP

Luar Negara: Filem 2012 catat kutipan tiket paling laris di China

BEIJING 17 Dis. - Peminat filem di China berpusu-pusu menonton filem bencana 2012 yang berbajet besar Hollywood, yang memaparkan aksi republik tersebut menyelamatkan sebahagian manusia daripada malapetaka yang dahsyat itu.

Diarahkan oleh Roland Emmerich yang terkenal dengan filem aksi meganya seperti Independence Day dan The Day After Tomorrow, filem tersebut berjaya mengutip lebih 451 juta yuan (RM227 juta) sejak ditayangkan pertengahan bulan lalu.

Jumlah itu meletakkan 2012 di tangga teratas senarai filem box office China tahun ini, menewaskan filem Transformers 2 yang mengutip jualan tiket sebanyak 450 juta yuan (RM226.5 juta) dan filem patriotik China, Founding of a Republic dengan kutipan sejumlah 416 juta yuan (RM209.4 juta), menurut pegawai industri.

Filem itu yang mengisahkan tentang bencana yang menimpa bumi pada 21 Disember 2012, menyaksikan China membina sebuah bahtera gergasi seperti bahtera Nabi Noh di kawasan pergunungan Tibet bagi menyelamatkan sebilangan manusia.

Ia yang difilem berdasarkan tilikan kaum Maya di mana dunia akan berakhir pada tahun 2012, disimpulkan kebanyakan penonton dalam tiga perkataan ringkas - 'China Menyelamatkan Dunia'.

Sesetengah pihak berpendapat, tema China sebagai penyelamat telah menjana jualan tiket di kalangan masyarakat awam yang luas serta, amat membanggakan seiring pengaruh diplomatik China di peringkat global dan ekonomi negara itu yang semakin meningkat dalam dunia sebenar.

"Sudah tentu, 'faktor China' memainkan peranan penting dalam kejayaan filem itu,'' kata Li Chow, Pengurus Besar Penerbitan Antarabangsa Sony Pictures di China.

"Faktor China ini dapat meresap ke dalam hati rakyat negara ini dengan mudah,'' jelas Li Yu dari Pusat Kajian Perfileman China.

2012 memaparkan permulaan stereotaip dengan kemunculan individu genius jahat pada awal kurun ke-20, Fu Manchu - yang mula ditampilkan dalam siri novel Britain namun kemudian digunakan begitu banyak bagi menggambarkan karakter jahat filem.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, China digambarkan sebagai negara yang buruk akhlak - seperti dalam filem Red Corner yang dibintangi aktor Richard Gere sebagai peguam Amerika yang melakukan pembunuhan - atau menindas seperti dalam Kundun, filem pro Tibet yang mengisahkan tentang kehidupan Dalai Lama.

Bagaimanapun 2012 menggambarkan sisi baik China apabila sebuah bahtera besar dibina sebagai simbol kuasa negara itu yang semakin bertambah dalam sektor pembuatan. - AFP

Yusuf Al-Qaradawi tokoh Maal Hijrah

KUALA LUMPUR 17 Dis. – Presiden Persatuan Ulama Sedunia, Dr. Yusuf Al-Qaradawi dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa sempena sambutan Maal Hijrah 1431/2009M esok.

Menurut entri dalam laman blog http://www.islamonline.net hari ini, anugerah kali ke-8 itu akan dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada majlis sambutan Maal Hijrah esok.

Blog berkenaan menyebut, anugerah itu bagi menghargai ilmu, jasa dan kesungguhannya memberi khidmat kepada agama Islam dan ummah selain berdakwah dan membangkitkan kesedaran Islam.

‘‘Anugerah Tokoh Maal Hijrah hanya dikurniakan kepada individu-individu yang memberi sumbangan dan khidmat kepada umat Islam serta mengangkat kedudukan Islam di peringkat tempatan mahupun antarabangsa,’’ jelas laman blog itu.

Sebelum ini, antara tokoh yang menerima anugerah itu ialah Syeikh Muhammad Idris Al-Marbawi Rahimahullah dan Dr. Wahbah Az-Zuhaili.

Yusuf adalah ulama, pemikir, sarjana dan merupakan golongan intelek kontemporari pada abad ini.

Beliau dilahirkan di Mahallah al-Kubra, Gharbiah, Mesir pada 1926.

Pemikir ini menunjukkan ciri ulama apabila menghafal al-Quran sejak kecil dan sering dipanggil menjadi imam dan menyampaikan syarahan agama di masjid kampungnya.

Yusuf melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar sehingga ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam fiqh al-Zakat pada 1973. Beliau terpengaruh dengan pemikiran Imam al-Ghazali, Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim.

Dalam kebanyakan penulisannya, Yusuf sering mengambil pendapat tiga tokoh berkenaan.

Thursday, December 17, 2009

Luar Negara: Mentega milik pengembara Antartika pada 1910 ditemui

WELLINGTON 16 Dis. - Dua ketul mentega telah dijumpai dalam keadaan baik selepas hampir sedekad ditinggalkan di sebuah pondok di Antartika yang digunakan oleh pengembara Britain, Robert Falcon Scott dalam ekspedisinya pada 1910 hingga 1912.

Televisyen New Zealand melaporkan, mentega itu ditemui di dalam beg yang tertera gambar ekspedisi 'Hut at Cape Evans in Antarctica'.

Keadaan sejuk yang terlampau di rantau kutub ini telah memelihara pondok dan peralatan ekspedisi yang ada di dalamnya, tetapi tanda-tanda kemusnahan baru-baru ini telah mendorong Antarctic Heritage Trust melancarkan projek pengawetan.

Lizzie Meek dari pertubuhan tersebut berkata, ini adalah satu 'penemuan berharga'.

"Ia sangat menakjubkan, bagaimana baunya yang kuat boleh bertahan sehingga hampir 100 tahun," katanya.

Scott menggunakan pondok Cape Evans sebagai pangkalannya ketika ekspedisinya ke Kutub Selatan bersama empat lagi pengembara lain pada 1912.

Bagaimanapun kesemua mereka terbunuh ketika dalam perjalanan pulang ke Cape Evans.

Bulan lalu, dua tong wiski Scotland turut ditemui di bawah pondok yang digunakan oleh seorang lagi pengembara Britain, Ernest Shackleton ketika ekspedisi pada 1907 hingga 1909 ke Antartika. - AFP

Luar Negara: Penghapus etnik Melayu Champa ke mahkamah jenayah perang

PHNOM PENH 16 Dis. - Mahkamah jenayah perang Kemboja yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) buat kali pertama memfailkan tuduhan penghapusan kaum terhadap dua bekas pemimpin rejim Khmer Rouge.

Bekas pemimpin nombor dua rejim komunis itu, Nuon Chea dan bekas Menteri Luarnya, Ieng Sary didakwa berhubung tindakan Khmer Rouge membunuh rakyat Vietnam dan etnik Melayu Champa pada 1970-an, kata jurucakap tribunal tersebut, Lars Olsen hari ini.

"Minggu ini, Nuon Chea dan Ieng Sary dibawa menghadap hakim siasatan dan diberitahu mereka didakwa atas tuduhan melakukan pembunuhan kaum terhadap penduduk Islam Melayu Champa dan rakyat Vietnam," kata Olsen.

Mahkamah tersebut bulan lepas mengumumkan siasatannya mengenai pencerobohan gerila Khmer Rouge ke Vietnam serta pembunuhan masyarakat Melayu Champa oleh rejim yang berkuasa pada 1975-1979 itu.

Hujah akhir juga didengar bulan lepas, dalam perbicaraan pertama tribunal melibatkan ketua penjara Khmer Rouge, Kaing Guek Eav yang lebih dikenali sebagai Duch, yang didakwa atas tuduhan jenayah perang, jenayah terhadap kemanusiaan, penyeksaan dan pembunuhan.

Nuon Chea dan Ieng Sary masing-masing sudah pun didakwa atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan.

Mereka ditahan di mahkamah itu sementara menantikan perbicaraan dalam kes kedua, bersama isteri Ieng Sary, bekas Menteri Hal-Ehwal Masyarakat, Ieng Thirith dan bekas Presiden, Khieu Samphan.

Khmer Rouge pimpinan Pol Pot yang meninggal dunia pada 1998 mengosongkan bandar-bandar di Kemboja dalam usaha untuk mewujudkan sebuah utopia komunis dan dalam proses itu menyebabkan dua juta orang maut akibat kebuluran, dipaksa bekerja terlalu teruk, penyeksaan dan pembunuhan.

Kini terdapat hampir 240,000 penduduk Melayu Champa di Kemboja, kebanyakannya di wilayah tengah, membentuk 1.6 peratus daripada penduduk di negara yang majoritinya beragama Buddha. - AFP

LuarNegara: Anak Marcos mahu jadi Presiden Filipina

MANILA 16 Dis. - Anak lelaki kepada bekas Presiden Filipina, mendiang Ferdinand Marcos hari ini mengumumkan beliau bercita-cita untuk menjadi Presiden negara ini dan mendakwa keluarganya tidak ada apa- apa yang patut dimalukan.

Ferdinand Marcos Jr., 52, (gambar) berkata, beliau tidak pernah menganggap namanya sebagai sumpahan tetapi sebaliknya sebagai 'satu kelebihan amat besar' yang akan melonjakkan beliau ke pentas politik negara.

"Saya ingin memajukan kerjaya politik yang saya lancarkan ini seberapa jauh yang boleh. Matlamat tertinggi adalah untuk menjadi Presiden," kata Marcos Jr. dalam satu forum bersama wartawan asing dengan suara yang dalam seperti suara bapanya.

Marcos Jr. menjadi anggota Dewan Perwakilan yang mewakili kubu kuat keluarganya di wilayah Ilocos Norte sejak 2007 dan akan bertanding untuk kerusi Senat atas tiket pembangkang dalam pilihan raya umum tahun depan.

Ibunya yang juga bekas Wanita Pertama, Imelda Marcos serta saudara perempuannya, Imee juga dijadual bertanding merebut kerusi pada tahun depan dalam usaha untuk meneruskan dominasi keluarga mereka di Ilocos Norte.

Marcos Sr. menjadi Presiden Filipina dari 1966 hingga 1986, sebahagian besar tempoh itu sebagai diktator yang bertanggungjawab terhadap pencabulan hak asasi manusia yang meluas dan kehilangan beribu-ribu aktivis pembangkang.

Keluarga Marcos dipercayai telah menggelapkan wang negara sehingga AS$10 bilion (RM34 bilion) semasa pemerintahan mendiang, menjerumuskan negara yang dahulunya makmur ini ke dalam kancah kemiskinan sehingga sekarang.

Pemberontakan 'kuasa rakyat' pada 1986 menjatuhkan Marcos Sr, memaksa keluarganya hidup dalam buangan di Hawaii di mana diktator itu meninggal dunia tiga tahun kemudian.

Imelda Marcos dan anak-anaknya kemudian dibenarkan pulang tetapi tiada seorang pun daripada mereka disabitkan dengan sebarang kesalahan.

Marcos Jr. berkata, keluarganya tidak pernah melakukan kesalahan dan warisan bapanya akan dibersihkan oleh ahli sejarah suatu hari nanti.

"Nama yang baik ialah satu-satunya perkara yang saya warisi daripada ibu bapa saya. Segala yang lain sudah dirampas," katanya. - AFP

Wednesday, December 16, 2009

Agama: Batas aurat dalam keluarga

Dr Abdul Salam Muhammad Shukri

APAKAH batas aurat seorang perempuan dewasa terhadap suami, ibu bapa, ibu dan bapa mentua, adik, kakak, abang, adik, kakak dan abang ipar? Bolehkah wanita itu memakai baju tanpa memakai baju dalam di hadapan mahramnya?

Nina
Pulau Pinang

HUKUM mendedahkan aurat wanita kepada bapa atau adik-beradiknya adalah dibenarkan kecuali mendedahkan keseluruhan tubuh kerana ia adalah dosa. Sementara aurat terhadap abang ipar dan seumpamanya ialah keseluruhan tubuh kecuali muka dan dua tapak tangannya.

Agama: Kencing berdiri tak ikut sunnah

Dr Abdul Salam Muhammad Shukri

BOLEHKAH berikan nas atau hadis mengenai larangan kencing berdiri. Saya pernah membaca mengenai nas atau dalil mengenai perbuatan kencing berdiri kerana menurut hadis itu, kita seolah-olah membantu memulihkan syaitan?

Azie
Bandar Baru, Bangi, Selangor

ISLAM mengajar umatnya memiliki ciri-ciri akhlak yang baik dengan mematuhi adab dalam semua keadaan termasuk bersuci. Amalan kencing berdiri bukan sunnah Rasulullah s.a.w. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa sesiapa yang menceritakan Rasulullah kencing berdiri janganlah mempercayainya, sesungguhnya Baginda kencing dengan cara duduk (Hadis riwayat Al-Tarmizi).

Dalam hadis lain riwayat Ibnu Mas'ud mengatakan harus kencing berdiri bagi orang yang uzur. Kebiasaan kencing berdiri mempengaruhi tingkah laku yang kurang sopan.

Agama: Hubungan baik dengan ibu bapa bukan Islam

Dr Abdul Salam Muhammad Shukri

BOLEH Dr jelaskan hubungan anak dengan ibu bapa yang bukan Islam?

Othman
Kemaman, Terengganu

SESEORANG anak yang memeluk Islam tidak terputus hubungan dengan ibu bapanya yang bukan Muslim. Islam menggalakkan dijalinkan hubungan yang baik dengan mereka. Melalui cara ini, keindahan Islam akan dapat dipamerkan, tetapi hendaklah menjaga batas dan adab yang ditetapkan syarak.

Agama: Kahwini wanita hamil 2 bulan

Dr Abdul Salam Muhammad Shukri

SEORANG lelaki berkahwin dengan seorang perempuan yang hamil dua bulan, bolehkah anak yang dikandungnya itu berbinkan lelaki berkenaan dan jika Bagaimana pula jika lelaki itu yang menyebabkan wanita terbabit mengandung,

Ashraf
Sungai Petani, Kedah

ANAK luar nikah jika lahir enam bulan satu lahzah (ketika) selepas tarikh pernikahan ibu dan bapanya, dia boleh dinasabkan kepada suami kepada ibu serta boleh mewarisi harta pusaka sebaliknya jika lahir kurang daripada tempoh itu, dia hendaklah dibin/bintikan kepada Abdullah atau Asmaul Husna dan tidak boleh mewarisi harta pesaka suami, tetapi dia boleh mewarisi harta ibunya.

Dari sudut Islam, kedudukan anak yang dilahirkan adalah sama seperti kanak-kanak lain, tidak menanggung dosa ibu bapanya.

Monday, December 14, 2009

Komputer:Twitter terus popular, Facebook makin popular

WASHINGTON 13 Dis. - Twitter yang mendapat sambutan hangat melalui telefon bimbit canggih dan lonjakan melalui dalam talian, telah popular sejak tahun lalu lagi, sementara Facebook telah mengatasi MySpace sebagai laman web rangkaian sosial terkemuka di dunia.

"Kedua-duanya adalah pemenang besar. Facebook telah meningkatkan saiznya kepada tiga kali lebih besar pada tahun ini.

"Twitter pula berkembang pesat. Saya rasa terdapat dua hingga empat juta pengguna pada awal tahun ini dan sekarang ia telah meningkat hampir 40 juta," kata pakar runding sosial media dan pengasas SocialFresh.com yang menganjurkan persidangan media sosial, Jason Keath.

Bekas timbalan setiausaha akhbar kepada bekas Presiden George W. Bush, Scott Stanzel yang juga pernah bekerja dengan Microsoft, menyatakan bahawa sekiranya Facebook adalah sebuah negara ia merupakan kawasan paling ramai penduduk dengan 350 juta pengguna.

"Jika diimbas setahun lalu saya fikir tidak ramai yang menyangka Twitter menjadi begitu berpengaruh hari ini.

"Ia semakin popular, namun tahun ini ia 'meletup' dan semakin ramai menyertai," katanya.

Twitter dilaporkan mendapat tawaran pengambilalihan bernilai beratus juta dollar daripada Google dan Facebook, malah pengaruhnya sebagai komunikasi dan pencarian berita terkini telah digunakan dengan pelbagai cara sejak beberapa tahun lalu.

Pada Jun lalu, Jabatan Negara AS meminta Twitter untuk menangguhkan penyelenggaraan berjadualnya kerana ia digunakan oleh penunjuk perasaan Iran yang kecewa dengan keputusan pilihan raya Presiden.

Terbaru, Google dan Microsoft mula mengintegrasikan mesej Twitter dalam enjin cariannya, ciri baru yang dikatakan sebagai carian masa sebenar.

Menurut pengasas bersama dan ketua eksekutif syarikat ImageShack, Jack Levin, penggunaan Twitter dalam telefon bimbit canggih juga menyumbang kepada perkembangannya. - AFP

Sunday, December 6, 2009

Agama: Solat dalam kenderaan

SOALAN:

Saya kerap tersekat di dalam kesesakan lalu lintas terutamanya pada sebelah petang iaitu ketika pulang dari pejabat. Saya difahamkan bahawa kita boleh melaksanakan solat di dalam kenderaan.

Bagaimanakah kaedah atau caranya, tolong ustaz jelaskan kemusykilan di atas ini.

JAWAPAN klik sini

Luar Negara: Pelaksanaan syariah di Aceh

Oleh Zulkiflee Bakar

Pada 1 Disember lalu, beberapa wanita yang sedang bersiar-siar di Banda Aceh ditahan oleh pegawai penguatkuasa Pemerintah Daerah.

Mereka terkejut dengan penahanan itu dan tertanya-tanya apakah kesalahan yang telah mereka lakukan.

Namun segalanya terjawab apabila di pinggir jalan mereka diberi 'kuliah' mengenai peraturan pakaian mengikut Islam bersesuaian dengan pelaksanaan Peraturan Daerah atau Kanun mengenai syariat Islam.

Walaupun mendapat reaksi yang berbeza-beza namun penguatkuasa syariat Islam di Aceh selepas ini bukanlah sekadar menjadi hiasan dalam buku undang-undang pemerintah sahaja, sebaliknya ia akan dilaksanakan secara tegas oleh pemerintah daerah.

Bantahan dan kritikan sesetengah kelompok hak asasi manusia yang menolak pelaksanaan undang-undang itu tidak dipedulikan. Ia kerana Aceh sememangnya sudah lama ingin melaksanakannya.

Tambahan pula, ia sememangnya satu undang-undang yang disahkan sebelum berlakunya perjanjian damai antara pemerintah Indonesia, puak pemisah Gerakan Aceh Merdeka (GAM).

Oleh itu mahu tidak mahu dengan sokongan sebahagian besar parti politik di wilayah tersebut, maka penduduk Aceh harus akur dengan pelaksanaan undang-undang syariah itu.

Berikutan kuasa yang diberikan kepada pemerintah daerah, mereka berkuasa untuk mengenakan tuduhan jenayah kepada kesalahan-kesalahan berkaitan meminum minuman keras, berjudi, berzina dan mencuri.

Wilayah contoh

Ternyata sekali, Aceh bakal menjadi wilayah contoh bukan sahaja di Indonesia malah di seluruh rantau Asia Tenggara apabila undang-undang itu dilaksanakan secara tegas.

Sebelum ini, ramai tokoh agama dalam ceramah-ceramah mereka mengaitkan kejadian tsunami yang berlaku di wilayah itu pada 2004 adalah akibat daripada kealpaan pemerintah Aceh menguatkuasa undang-undang syariah. Ketika itu mereka menganggap, bencana yang berlaku adalah pembalasan daripada Allah SWT.

Sememangnya pelaksanaan undang-undang syariah di Aceh turut menarik perhatian kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS). Ia terbukti apabila Timbalan Dutanya ke Indonesia, Ted Osius dalam pertemuan dengan Ketua Umum Pengurus Besar Nahdatul Ulama (PBNU) Hashim Muzadi bertanyakan mengenai hukuman merejam yang terdapat dalam undang-undang syariah bagi kesalahan zina.

Menurut Osius, sebagai sebuah organisasi Islam terbesar di dunia, NU mempertahankan citra Indonesia sebagai negara Islam sederhana.

Menjawab kebimbangan Osius itu, Hashim berkata, ajaran syariah Islam diperkenalkan sebagai kewajipan kepada individu sedangkan sebagai warga negara, mereka wajib mematuhi undang-undang yang ada

Demikianlah antara reaksi yang diberikan apabila Aceh ingin melaksanakan undang-undang syariah. Tetapi sama ada suka atau tidak pemerintah daerah Aceh akan tetap memastikan undang-undang tersebut dilaksanakan sama ada ia akan dibantah atau tidak.

Pemerintah Aceh tidak mahu, wilayah itu hanya bercakap sahaja melaksanakan syariah Islam tetapi dari segi tindakan ia boleh disifatkan satu retorik.

Umum: Siti Hasnah Hindu atau Islam

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my

BUTTERWORTH 5 Dis. - Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) menolak dakwaan pihak tertentu berhubung isu seorang wanita berketurunan India, Siti Hasnah Vangarama Abdullah atau S. Banggarma, 27, yang dikatakan memeluk Islam tanpa kerelaan ketika masih kanak-kanak.

Sebaliknya, Yang Dipertuanya, Shabudin Yahaya menegaskan, wanita terbabit telah menjadi seorang Islam apabila ibu bapanya memeluk Islam di Pejabat Agama Islam Daerah Rompin, Pahang pada 30 November 1983.

Pada masa yang sama, ibu bapanya turut membuat perakuan bahawa lima anaknya masing-masing tiga lelaki dan dua perempuan termasuk Siti Hasnah yang ketika itu berumur tujuh tahun turut sama memeluk Islam.

Menurutnya, hasil siasatan pihaknya mendapati, selepas memeluk Islam, bapanya telah menggunakan nama Mohd. Yusof Abdullah dan ibunya pula dikenali dengan nama Siti Aisyah Abdullah.

"Dengan bukti yang kita peroleh ini, jelas menunjukkan Siti Hasnah sudah pun memeluk Islam pada tahun 1983 dan bukan seperti didakwa oleh seorang peguam yang kononnya wanita itu dipaksa masuk Islam oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada 1989 ketika dia dimasukkan ke Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti, Kepala Batas.

"Surat yang kononnya mengesahkan perkara itu seperti ditunjukkan oleh peguamnya pada sidang akhbar baru-baru ini juga adalah tidak benar dan meragukan, malah mengikut siasatan kami, Siti Hasnah dan tiga adik-beradiknya hanya masuk ke rumah jagaan kanak-kanak itu pada 5 Mac 1990.

"Jadi, bagaimana peguamnya mendakwa JKM terbabit dengan isu itu yang dikatakan berlaku pada tahun 1989 sedangkan pada tahun itu, dia belum lagi dimasukkan ke rumah kebajikan itu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar khas bagi memberi penjelasan berhubung kedudukan pengislamam Siti Hasnah yang dibangkitkan peguamnya, Gooi Hsiao Leong seperti dilaporkan media pada 19 November lalu.

Hsiao Leong yang merupakan Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Kedah mendakwa Siti Hasnah diislamkan oleh JKM ketika berumur tujuh tahun apabila Sijil Akuan Masuk Islam dikeluarkan pada 28 Disember 1989 dan mempertikaikan bagaimana kanak-kanak boleh menandatangani sijil berkenaan.

Pada sidang akhbar itu, Siti Hasnah yang mempunyai dua anak juga mendakwa dia terkejut ketika diberitahu bahawa dia adalah seorang Islam semasa ingin mendaftarkan perkahwinannya bersama seorang lelaki beragama Hindu.

Luar Negara: Wanita Muncul Di Tv Iran Tanpa Make-up..

Oleh Ibnu Hasyim

Dis 3, 2009. IRAN membuat keputusan 'ketat' bagi wanita yang akan muncul di acara televisyen di negaranya, seperti dilaporkan. Media itu mengutip kenyataan pimpinan televisyen nasional Iran pada Rabu semalam, bahawa wanita yang akan muncul dalam program tv tidak diizinkan memakai make-up kerana hal itu termasuk tabarruj dan bertentangan dengan hukum syariah Islam.

"Make-up bagi wanita dalam acara selama program tv berlangsung adalah ilegal dan melawan hukum syariah Islam ... Tidak boleh ada satu pun kes seorang wanita yang mengenakan make-up selama berjalannya program acara tv itu." kata Ezatollah Zarghami seperti dikutip oleh akhbar Reformis Etemad.

Zarghami merupakan seorang mantan anggota elit Pengawal Revolusi yang ditunjuk oleh pemimpin tertinggi Ayatollah Ali Khamenei. Beliau memerintahkan bintang tamu wanita yang muncul dalam rancangan televisyen perlu dipandu oleh host wanita juga.

Bercakap di sebuah konfren jaringan sutradara, beliau juga menyebut untuk memotong suara muzik selama program televisyen itu berlangsung dan mendesak stafnya untuk mengambil beberapa adegan dari film action Barat.

"Saya tidak bermaksud kita perlu jadi seperti mereka, tetapi kita perlu menggunakan point positif. Kerana itu kita (perlu) memakai agenda pengurangan dan memperbaiki muzik tersebut." katanya.

"Mulai hari ini, anda di departemen produksi hendaklah memulai metode pengawasan baru ... Saya tidak ingin mengatakan kepada anda untuk menyaring, tetapi anda perlu berhati-hati supaya tidak boleh ada yang tidak patut." kata Zarghami.

Kepada sutradara, Zarghami mengatakan mereka juga perlu melarang "gurau yang menjijikkan" antara lelaki dan perempuan di tv atau radio, seperti diarahkan pejabat berita Etemad dan Fars. Ketika Khamenei mengangkat kembali Zarghami 2 bulan lalu, Khamenei mengatakan bahawa amat perlu membuat suatu program yang mempersembahkan acara lebih menonjolkan moral, agama, simpati dan harapan" dalam program-program media kerajaan.

Republik Syi'ah Iran memiliki 8 saluran tv dan 15 stasyen radio, telah mengawal dengan ketat penonjolan pakaian dan alat make-up wanita. Wanita yang tampil di kaca tv tidak boleh mengekspos rambut mereka. Larangan ini dikuatkuasakan kerana dalam beberapa tahun terakhir ini wanita yang tampil di televisyen telah berdandan dan memakai make-up yang cukup menjolok. Tv di Iran kini berada di bawah pengawasan yang ketat dan kena mematuhi panduan yang ditentukan, bahkan beberapa filem tempatan pun perlu ditapis sebelum ditayangkan. (2MA)-/www.ibnuhasyim.com

Umum:Siapa Kata Melayu Tak Makan Babi?

Bab cite fasal makan daging babi ni aku pun nak cite sikit la. kawan aku sendiri yg cite pengalaman dia ni.tiap2 mlm lepas habis keje dia selalu lepas kat kawasan gerai makan.

Dia ngan bf dia la suka sangat makan mee kari. tokey nya cina pekerja nya indon. dia pun tak kesah le. satu mlm dia blk keje lambat, nak makan punya fasal pegi la jgk kat kedai tu.

nasib baik le tokey tu reserved utk dia ngan bf nya tu. sambil makan tokey tu pun mencuci periuk belanga nya.

nak jadi kan cite dia lak nak cari air basuh tangan. Nampak le tulang yg keluar dr periuk nya dia pun tanya."Eh pakai tulang ke masak kari, u kan tak makan daging.
klik sini

Agama:Histeria:Punca dan kaedah rawatan

Kita seringkali mendengar terjadinya histeria ditempat-tempat seperti Sekolah, Kilang, Asrama sekolah, Asrama kilang, kolej dan Universiti. Adakah ini disebabkab gangguan psikologi sesaorangakibat factor-faktor dalaman (fahaman karut) dan luaran (tekanan persekitaran) sahaja. Jika benar, mengapa kebanyakkan mangsa beragama islam? Adakah bangsa lain terlepas dari gangguan psikologi?Mengapa pula ia boleh berjangkit seperti penyakit selsema. Mengapa mereka boleh bertutur menggunakan bahasa lain seperti cina, siam dan lain-lain. Mengapa pula kekuatan fizikal mereka menjadi berganda? Apabila sedar, mengapa mereka tidak tahu apapun yang telah terjadi.
klik sini

Agama:Histeria:Punca dan kaedah rawatan

Kita seringkali mendengar terjadinya histeria ditempat-tempat seperti Sekolah, Kilang, Asrama sekolah, Asrama kilang, kolej dan Universiti. Adakah ini disebabkab gangguan psikologi sesaorangakibat factor-faktor dalaman (fahaman karut) dan luaran (tekanan persekitaran) sahaja. Jika benar, mengapa kebanyakkan mangsa beragama islam? Adakah bangsa lain terlepas dari gangguan psikologi?Mengapa pula ia boleh berjangkit seperti penyakit selsema. Mengapa mereka boleh bertutur menggunakan bahasa lain seperti cina, siam dan lain-lain. Mengapa pula kekuatan fizikal mereka menjadi berganda? Apabila sedar, mengapa mereka tidak tahu apapun yang telah terjadi.
klik sini

Thursday, December 3, 2009

Agama: Tugas-Tugas Syaitan Di Atas Muka Bumi.

IBLIS dan syaitan adalah musuh nyata manusia. Kedua-duanya termasuk kaum jin yang dijadikan daripada api sangat panas dan tergolong dalam spesies makhluk ghaib, iaitu tidak kelihatan dengan mata kasar manusia biasa, kecuali apabila ia menjelma dalam bentuk tertentu.

Syaitan dan iblis mempunyai empayar kerajaan yang besar, malah ada pihak mendakwa nisbah seorang manusia 99 jin, manakala satu jin 99 malaikat, menunjukkan banyaknya makhluk terbabit yang mempunyai tugas masing-masing.


Antara tugas syaitan ialah:

1. Menghasut manusia untuk melakukan kejahatan. Sebab itu Allah mengingati manusia supaya berwaspada dengan hasutan terbabit.

"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. Ia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara yang keji, dan menyuruh kamu berkata dusta terhadap Allah, apa yang kamu tidak ketahui." (al-Baqarah:168-169)

2. Menakut-nakutkan manusia. Syaitan juga bekerja menakutkan dan membimbangkan manusia, terutama berdepan persoalan rezeki, dengan hidup miskin dan susah.

"Syaitan itu menjanjikan kamu dengan kemiskinan dan kepapaan, dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji; sedangkan Allah menjanjikan kamu keampunan daripada-Nya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah kurnia-Nya, lagi Maha Mengetahui." (al-Baqarah :268)

3. Menyesatkan manusia. "Tidakkah engkau melihat orang yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya ingkar kepada taghut itu. Dan syaitan hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya." (an-Nisa' : 60)

4. Menimbulkan permusuhan sesama manusia. Cara syaitan ialah menimbulkan syak wasangka, hasad dengki dan kebencian. "Sesungguhnya syaitan itu berkehendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan arak dan judi..." (al-Maidah: 91)

5. Melalaikan dan menghalang manusia daripada mengingati Allah. "...dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan solat. Oleh itu, mahukah kamu berhenti?" (al-Maidah: 91)

6. Mencari calon penghuni neraka. "Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagimu, maka jadikanlah dia musuh; sebenarnya dia hanya menyeru golongannya supaya menjadi penduduk Neraka." (Fathir:6)

7. Berusaha merayu manusia supaya mencintai dan memujanya. "Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata bagimu!" (Yasin:60)

8. Disebabkan tidak senang dengan ketenangan manusia, syaitan mengada-adakan pelbagai onar, termasuk membisikkan sesuatu ke telinga dan hati manusia.

"Dari kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. Dari kalangan jin dan manusia." (an-Nas: 4-6)

http://tarasakila.blogspot.com/

Pemotoran: Memeriksa Punca Pecutan Lemah

Oleh info Kereta

Pernahkah anda mengalami keadaan ketika cuba memotong kenderaan di hadapan atau mendaki bukit, anda terasa kuasa pecutan kereta anda agak berat berbanding sebelumnya?

Apakah punca masalah itu? Kenapa keadaan itu berlaku sedangkan cekam palam pencucuh, suis pemutus arus baru saja ditukar?
Ada beberapa punca yang menyebabkan berlakunya kerosakan itu, iaitu sama ada sambungan sistem batang pendikit (throttle) dari pedal petrol ke karburetor kurang baik, elemen daripada penapis udara kotor atau tersumbat dan saat penyalaan yang terlalu lambat.

Selain itu, kerosakan pada paip saluran minyak dalam karburetor dan pengatur saat penyalaan pada distributor tidak berfungsi dengan baik turut mempengaruhi prestasi pecutan sesebuah kereta.

Berikutan itu apa yang perlu dilakukan ialah membuat beberapa pemeriksaan pada bahagian enjin kenderaan.

Mula-mula, anda perlu memeriksa batang yang menghubungkan pedal petrol dengan karburetor iaitu dengan memeriksa katup petrol (throttle) sama ada terbuka atau tertutup apabila pedal petrol dipijak dan dilepaskan kembali.

Bagaimanapun, jika ada pasak sambungan yang sudah haus (sehingga sambungannya longgar), untuk sementara waktu keadaan itu dapat diperbaiki dengan menggunakan kawat atau pembalut getah.

Kemudian anda perlu memeriksa penapis udara sama ada ia tersumbat. Apabila ternyata bahawa elemen penapis udara agak kotor, maka ia menunjukkan bahawa penapis udara itu tersumbat dan ia perlu dibersihkan segera.

Ada dua jenis penapis udara iaitu penapis jenis kertas dan penapis dengan minyak. Cara membersihkan setiap jenis penapis adalah berbeza dan perlu dilakukan dengan cermat.

Sekiranya penapis udara itu sudah lama digunakan, langkah terbaik adalah dengan menukarnya kepada penapis baru supaya pengedaran udara dalam enjin lebih lancar.

Selain itu, pembaikan kecemasan terhadap kerosakan yang terjadi akibat kemasukan petrol yang terlalu banyak atau terlalu sedikit dan kerosakan pada paip petrol serta kerosakan pada alat (vakum) pengatur saat penyalaan turut menjadi punca kepada masalah itu.

Soalnya, mengapa enjin tidak dapat menghasilkan daya penuh? Untuk mendaki bukit, biasanya kereta dapat bergerak dengan menggunakan gear ketiga.

Akan tetapi, sejak kebelakangan ini pada gear ketiga kereta seolah-olah merangkak mendaki bukit dan akhirnya terpaksa menukar kepada gear kedua dengan enjin yang mengaum kuat.

Apabila berhadapan dengan masalah ini, antara puncanya ialah kerosakan pada sistem penyalaan, penyaluran petrol kurang tepat, enjin terlalu panas, kerosakan cekam (clutch), brek ketat atau tekanan enjin tidak cukup.

Justeru, bila berhadapan dengan keadaan itu pemeriksaan terhadap sebab-sebab dan pembaikan kecemasan sebegini boleh dilakukan:

Pertama : periksa sama ada saat penyalaan sudah tepat. Ini dilakukan dengan memeriksa palam pencucuh. Apabila nyalaan elektrik yang terjadi terlalu lemah atau tidak teratur, bukalah penutup pengagih dan periksalah suis-suis penutup arus.

Kedua : periksa sama ada sistem penyaluran petrol berada dalam keadaan baik. Apabila petrol yang mengalir ke dalam silinder tidak sesuai dengan yang diperlukan (terlalu banyak atau terlalu sedikit) keadaan itu boleh menyebabkan terjadinya campuran petrol dan udara yang kurang sempurna, sehingga keupayaan enjin akan berkurangan.

Selain itu, perlu juga periksa sama ada penapis udara tersumbat oleh kotoran. Periksa juga sama ada injap udara (choke) berada dalam keadaan tertutup.

Masalah enjin tidak menghasilkan daya penuh juga terjadi apabila enjin terlalu panas.

Periksa juga adakah cekam rosak atau brek yang bergesel. Adakalanya enjin tidak mengeluarkan daya penuh bukanlah berpunca daripada masalah enjin itu sendiri.

Cekam rosak atau brek yang bergesel menyebabkan keupayaan enjin tidak dapat disalurkan dengan baik sehingga menyebabkan gejala yang sama dengan keadaan enjin tidak mengeluarkan daya penuh.

Masalah berkenaan sering menjadi kekeliruan utama kerana setiap kali enjin tidak mengeluarkan daya penuh, tumpuan diberikan kepada mencari masalah enjin, sedangkan dalam banyak keadaan cekam atau brek yang bergesel menjadi puncanya.

Biasanya, kerosakan sebegini terjadi kepada enjin yang sudah tua. Justeru, gejala ini kurang terjadi kepada kenderaan yang berjalan kurang daripada 100,000 kilometer.

Pemotoran: Tindakan bila asap kereta bertukar warna

Oleh Info Kereta

LAZIMNYA, pengeluaran asap pada ekzos bagi kereta baru tidak perlu dibimbangkan. Tetapi, setelah beberapa tahun menggunakannya, anda tentu bimbang dengan asap ekzos berwarna kelabu dan hitam. Ini menunjukkan ada yang tidak kena pada enjin kereta anda terutama bahagian karburator.

Sebenarnya dengan melihat warna daripada asap ekzos, anda dapat meneliti proses pembakaran yang terjadi dalam silinder.

Antara yang patut diberikan perhatian anda adalah dengan menjawab pertanyaan seperti berikut:

Pertama, adakah asap kereta anda tidak berwarna atau sedikit biru. Jika ini berlaku, anda seharusnya lega kerana ia menunjukkan proses pembakaran baik dengan nisbah perbandingan campuran petrol-udara yang tepat.

Jika asap berwarna kuning atau coklat, bermakna terlalu sedikit petrol yang masuk (campuran terlalu sedikit).

Bagaimana pula jika asap berwarna hitam? Ini bermakna berlaku proses pembakaran yang tidak sempurna kerana terlalu banyak petrol yang masuk. Asap yang keluar berwarna putih atau kebiru-biruan pula bermakna minyak pelincir ikut terbakar. Dalam keadaan sejuk biasanya asap ekzos juga berwarna putih kerana adanya wap air; keadaan seperti ini bagaimanapun biasa terjadi pada setiap enjin.

Dalam keadaan asap ekzos berwarna hitam, ada beberapa kemungkinan yang boleh menyebabkan keadaan itu berlaku termasuk penapis udara tersumbat, injap udara (choke) tertutup dan karburator rosak.

Untuk mengatasinya, mula-mula periksa sama ada penapis udara tersumbat. Ketika enjin bergerak, bukalah penapis udara. Jika dengan kaedah itu putaran enjin bertambah tinggi dan asap tidak lagi hitam, maka jelaslah penapis udara kotor. Bersihkan penapis udara itu.

Selain itu periksa sama ada injap udara (choke) tertutup. Jika tertutup atau tidak terbuka penuh ketika enjin sudah panas, ia akan menyebabkan campuran petrol-udara berlebihan. Untuk memeriksa keadaan itu, bukalah penapis udara dan lihatlah karburator dari sebelah atas. Jika choke tidak terbuka penuh, perbaikilah kedudukannya.

Asap hitam kerana karburator rosak. Jika ini terjadi, bawalah kereta anda ke bengkel.

Asap ekzos berwarna putih apabila minyak pelincir terlalu banyak mengalir masuk ke dalam ruang bakar. Ini terjadi kerana omboh, gelang omboh, dinding silinder, injap dan laluan injap rosak.

Minyak pelincir juga boleh masuk ke ruang bakar jika gasket di kepala silinder rosak sehingga air dapat masuk ke dalam ruang bakar. Wap air yang terjadi kerana panas akan keluar bersama-sama asap ekzos menyebabkan asap berwarna putih.

Namun demikian, biasanya dapat dibezakan antara warna putih wap dan putih akibat minyak pelincir. Wap minyak pelincir berwarna putih dan mengeluarkan bau tertentu.-/infokereta.com

Pemotoran: Teknik mudah penjimatan minyak kereta

Pemanduan Yang Peka (Drive Sensibly)
Elakkan pemanduan secara agresif (memecut, pecutan dan membrek secara melulu). Ia boleh menurunkan penggunaan minyak anda sebanyak 33% dengan kelajuan di lebuh raya dan 5% di sekitar bandar. Memandu dengan tenang. Memperlahan atau memecut akan menggunaka lebih banyak bahan api

Elakkan mengekori kenderaan lain. Bukan sahaja ia tidak selamat, tetapi jika menjejaskan penggunaan minyak anda, jika beliau memperlahankan kenderaan tanpa diduga. Apabila menghampiri kawasan berbukit, jika anda ingin memecut, lakukannya sebelum anda sampai bukit, bukan apabila anda sudah berada di bukit.

Awasi Had Laju (Observe the Speed Limit)
Penggunaan minyak biasanya akan meningkat dengan pantas apabila pecutan melebihi 100 km/j. Kebiasaan, anda boleh mengandaikan bahawa setiap 10 km/j selepas 100 km/j adalah seperti membayar tambahan 40 sen untuk seliter petrol. Pengawasan had laju adalah juga lebih selamat.

Hindari Berat Berlebihan (Remove excess weight)
Elakkan menyimpan barang-barang yang tidak perlu di kenderaan anda, terutamanya barang yang berat. Setiap 15 kg tambahan di kenderaan anda, ia boleh meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 2%

Elakkan Hidupkan Enjin Lama (Avoid Prolonged Warm up)
Elakkan memanaskan enjin kenderaan terlalu lama walaupun ketika waktu pagi yang dingin. 2 hingga 3 minit adalah memadai untuk pemanasan enjin.

Beli Minyak Ketika Waktu Sejuk (Buy Fuel at Cooler Times)
Beli bahan api ketika waktu sejuk - awal pagi atau lewat petang adalah waktu yang terbaik. Pada waktu-waktu ini gasolin adalah lebih tumpat.
Elakkan mengisi minyak terlalu penuh atau sehingga tertumpah. Berhenti mengisi minyak selepas nozzle di pam minyak berbunyi "klik".

Gunakan Gear Tinggi (Use Higher Gears)
Perjalanan dengan kadar yang laju dengan menggunakan gear rendah boleh meningkatkan penggunaan minyak sehingga 45% dari yang sepatutnya. Kenderaan bertransmisi manual membolehkan anda menukar ke gear tinggi secepat yang mungkin, membolehkan anda menjimatkan minyak.

Tutup Cermin Tingkap (Keep Windows Closed)
Pastikan cermin tingkap ditutup terutama pada kelajuan lebuhraya. Tingkap yang terbuka boleh menyebabkan penambahan penggunaan minyak sehingga 10%

Secara Umum (General Advice)
Jangan tekan pedal minyak terlalu kuat. Tekanan yang lebih menyebabkan penggunaan minyak berlebihan. Untuk kenderaan transmisi automatik, pastikan gear diletakkan pada posisi "neutral" jika berhenti atau tidak bergerak. Penyelenggaraan kereta dan enjin juga penting. Pastikan penapis udara dibersihkan. Aliran udara yang tidak optimum menyebabkan penambahan
penggunaan minyak.

Periksa Tekanan Tayar (Maintain Tyre Pressure)
Tekanan tayar yang kurang menyebabkan penambahan penggunaan minyak sehingga 35%. Periksa dan tetapkan tekanan tayar mengikut spesifikasi kenderaan anda sekurang-kurangnya sebulan sekali-/info kereta.com

Tuesday, December 1, 2009

Umum: 10,000 petugas mula bersih Tanah Haram

MINA - Lebih 10,000 pekerja yang dibekalkan 46,000 tong sampah memulakan tugas membersihkan Tanah Haram setelah musim haji tahun ini tamat secara rasmi semalam.

Pengarah Pembersihan Majlis Bandar Raya Mekah, Saleh Abdul Samad Izzat berkata, kerja-kerja pembersihan itu turut dipantau menerusi 25 pusat di sini termasuk sekumpulan pencinta alam.

Saleh berkata kontrak pembersihan baru berjumlah SR795 juta (RM729 juta) itu akan dilaksanakan sebaik musim haji tamat.

Penolong Ketua Perkhidmatan Kejuruteraan, Abdul Salam Suleiman Mashat berkata, jabatannya menyediakan 68 buah kompaktor, 246 trak, 58 jentolak dan 230 unit lain-lain jenis peralatan pembersihan.

Katanya, seramai 6,000 petugas pembersihan memungut lebih 80,000 tan sampah dari Tanah Haram kelmarin.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Kedua, Putera Naif berkata, musim haji tahun ini ditutup dengan jayanya.

"Kami berharap para jemaah mendapat haji yang mabrur dan selamat kembali ke tanah air masing-masing," katanya.

Terdahulu, Gabenor Mekah, Putera Khaled Al-Faisal berkata, terdapat 1.6 juta jemaah asing dan 2.52 juta jemaah menunaikan ibadah melontar manakala jemaah yang datang secara haram mencecah 753,000 orang.

"Perjalanan haji akan lebih lancar jika jumlah jemaah tanpa permit dapat dikurangkan," katanya.

Umum: Nuri boleh diguna sehingga 2020?

LANGKAWI 30 Nov. - Dilema kerajaan untuk menggantikan helikopter Nuri iaitu Sikorsky S61A dengan Eurocopter EC725 disebabkan kegawatan ekonomi mungkin selesai sekiranya pesawat Nuri dibaik pulih menerusi program pemodenan terbaru Airod Sdn. Bhd.

Ketua Projek Nuri Airod, Juanudin Rahmat Zainal Abidin menjelaskan, program pemodenan itu melibatkan pertukaran panel kokpit analog yang digunakan sekarang kepada panel kaca digital.

Selain itu katanya, program itu juga membabitkan penukaran kipas besi Nuri kepada kipas komposit yang lebih ringan dan kuat.

''Panel digital kokpit yang telah dibangunkan memberi lebih banyak paparan seperti radar cuaca serta bentuk muka bumi sementara kipas komposit pula berupaya mengangkat beban yang lebih berat.

''Dengan itu, Nuri mampu bertahan lebih lama sehingga 2020," katanya kepada pemberita di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini hari ini sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2009 yang akan bermula esok.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Azizan Ismail ketika menjadi Panglima Tentera Udara tahun lalu mengakui Nuri hanya mampu bertahan sehingga 2015.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan pertukaran Nuri dengan pembelian 12 buah Eurocopter kerana proses baik pulih pesawat lama itu menelan kos yang tinggi tetapi tempoh surat hasrat (LOI) kepada Eurocopter mengenai pembelian itu tamat Ogos lalu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun memberitahu, pembelian tersebut masih dalam kajian memandangkan negara terjejas akibat kegawatan ekonomi dunia.

Menurut Juanudin, masalah senggaraan pada Nuri yang menelan kos tinggi adalah kerana peralatannya semakin lapuk dan alat gantinya kini kurang dikeluarkan.

Katanya, penukaran kipas dan panel kokpit digital menjamin keselamatan Nuri dan kos senggaraan yang lebih murah.

''Selain mengatasi masalah barangan yang semakin lapuk, pertukaran panel digital kaca juga memastikan tugas juruterbang Nuri semakin mudah dan selamat," ujarnya.

Beliau yang telah 20 tahun bertugas menyenggara Nuri memberitahu, kira-kira 600 pesawat itu masih berkhidmat dengan angkatan tentera di seluruh dunia.

Ketika ini, terdapat 28 pesawat Nuri yang digunakan dalam perkhidmatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Umum: Singapura pamer helikopter penyerang Apache

LANGKAWI 30 Nov. - Kelibat helikopter penyerang Apache AH-64D Longbow milik Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) pada Pameran Maritim dan Udara Langkawi (LIMA 09) kali ini menarik perhatian ramai.

Helikopter Apache buatan syarikat Boeing itu merupakan sebahagian daripada delegasi republik itu bersama dua buah pesawat pejuang F-16C/D Fighting Falcon yang menyertai pameran dwitahunan itu buat pertama kali.

Pembabitan helikopter itu menarik perhatian ramai kerana terdapat kemungkinan ini adalah kehadiran pertamanya di ruang udara Malaysia, kerana sebelum ini tidak ada laporan media menyebut tentang penglibatan helikopter itu dalam latihan bersama dengan Angkatan Tentera Malaysia.

Apache dan sebuah pesawat pejuang Fighting Falcon milik republik terbabit akan terlibat dalam pertunjukan udara setiap hari sepanjang tempoh LIMA berlangsung mulai esok hingga 5 Disember.

Helikopter penyerang dua tempat duduk itu yang dicat serba hitam untuk kelicikan operasinya pada waktu malam, mempunyai reputasi yang menggerunkan berikutan aksinya ketika Perang Teluk Pertama dan Perang Teluk Kedua.

Reputasinya yang menggerunkan di kalangan kawan dan lawan itu bukan sahaja disebabkan kecanggihan teknologinya, tetapi juga terhadap kemampuannya untuk membawa pelbagai jenis sistem persenjataan dan sistem pengesan.

Salah satu sistem persenjataan utamanya adalah, 16 butir peluru berpandu penangkis kereta kebal 'Hellfire' yang mampu memusnahkan sasaran seperti kereta kebal sejauh lapan kilometer serta meriam 'Chain Gun' 30mm.

Selain peluru berpandu, Apache turut berkemampuan untuk membawa pelbagai jenis roket.

Ketika ini, RSAF dengan 20 buah helikopter Apache yang dimilikinya merupakan satu-satunya negara di Asia Tenggara yang mengoperasikan helikopter penyerang itu. - BERNAMA

Umum: Tragedi Natrah diimbau kembali

Oleh ROHANI IBRAHIM
pengarang@utusan.com.m

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Tragedi Natrah yang menyayat hati dan pernah mencetuskan rusuhan berdarah akibat rasa tidak puas hati di kalangan orang Islam satu ketika dahulu diimbau kembali melalui pementasan teater di Panggung Sari, Istana Budaya.

Teater arahan Erma Fatima itu membuka tirai persembahan malam ini yang mana ia turut disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Turut hadir menyaksikan teater itu termasuklah Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir serta Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak.

Ia dibintangi oleh Maya Karin selaku Natrah ketika berusia 13 dan 20 tahun, Remy Ishak (Mansor Adabi), Umie Aida (Che Aminah), Sofia Jane (Natrah ketika berusia 70 tahun) dan Samantha Schubert (Adeline).

Pementasan selama dua jam itu mengandungi tujuh buah lagu.

Selain barisan pelakon utama, Teater Natrah turut melibatkan hampir 100 pelakon lain termasuk pelakon kanak-kanak.

Ia menceritakan kisah benar seorang wanita Belanda yang bernama Natrah atau Maria Hertogh yang diserahkan oleh ibunya kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya yang ditawan tentera Jepun.

Sejak ditinggalkan bersama Che Aminah, Natrah dipelihara dan menjalani hidup dalam suasana dan budaya Islam.

Namun apabila bapanya Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom oleh tentera Amerika Syarikat (AS), dia pulang ke Bandung, Jawa untuk mencari anaknya Natrah yang ketika itu berada di Chukai, Terengganu.

Konflik berlaku apabila perebutan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Belanda.

Che Aminah yang diwakili peguam Ahmad Ibrahim menang dalam kes rayuan dan Natrah dikembalikan ke pangkuannya.

Kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di Singapura.

Natrah pada ketika itu berusia 13 tahun manakala Mansor berusia 22 tahun.

Sungguhpun undang-undang Syariah Islam membenarkan perempuan berkahwin dalam usia tersebut namun mengikut Undang-Undang Belanda, kehidupan seorang anak yang berumur di bawah usia 16 tahun ditentukan oleh bapa kanak-kanak tersebut.

Natrah akhirnya diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda.

Keputusan mahkamah itu menimbulkan kemarahan masyarakat Islam di Singapura, sehingga berlaku rusuhan yang dikenali sebagai Rusuhan Natrah.

Mengikut laporan, seramai 18 orang terbunuh dan kira-kira 200 orang cedera dalam tragedi itu ketika mereka bertempur dengan tentera dan polis British, sehingga Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama dua hari dua malam.

Natrah meninggal dunia di Huijbergen, Belanda Julai lalu pada usia 72 tahun akibat leukimia.

Pementasan Teater Natrah yang bermula malam ini akan berlangsung hingga 9 Disember ini dan mendapat sokongan daripada Kumpulan Utusan selaku media rasmi selain Sinar FM sebagai radio rasmi.

Tiket-tiket berharga RM30, RM50, RM70, RM100 dan RM150 kini sudah mula dijual.

Pertanyaan mengenai tiket dan pementasan boleh hubungi Box Office (03-40265558, 03-40265558) atau www. istanabudaya.gov.my.